Sunday, April 17, 2011

MASIH ADA SINAR DI BUMI KENYALANG


Walaupun tewas di kelima-lima kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak hari ini, tetapi berdasarkan jumlah yang diperolehi, menunjukkan PAS "sudah diterima dan tidak asing lagi" di negeri itu. Oleh itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata parti itu akan memikirkan langkah lebih serius untuk terus bertapak di Sarawak.

"PAS tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana kita parti baru. Ini kerana jumlah majoriti yang meningkat seratus peratus (di Beting Maro) berbanding pada 2006. Di Beting Maro kita dahulu kalah (majoriti) lebih 800 undi, kali ini kita kalah majoriti lebih 300. Ini menunjukkan ada peningkatan undi (kepada kita). Lebih penting semua kerusi yang kita bertanding, tidak ada yang hilang deposit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurutnya, selepas ini parti akan membuat bedah siasat untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan jentera di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata walaupun kalah, tetapi beliau "positif" bahawa PAS akan terus membuat anjakan bagi meningkatkan sokongan rakyat. Malah, katanya, PAS juga mendapat jumlah undi yang membanggakan, khususnya di Muara Tuang dan Tanjong Datu - yang kali pertama ditandingi dalam dalam pilihan raya negeri kali ini.

"Ini merupakan petanda bahawa rakyat Sarawak tidak menolak secara total. Keputusan itu membuktikan mereka menerima kehadiran PAS bagi melangsungkan perjuangan untuk rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya, PAS akan terus menyusun program bagi menarik sokongan pengundi di negeri itu khususnya di kawasan yang ditandingi parti itu.

"Ini satu petanda bahawa tanah Sarawak subur untuk PAS," katanya sambil menambah PAS menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya ini.

Berdasarkan keputusan rasmi, jumlah undi yang diterima oleh calon PAS adalah seperti berikut:
  • Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Beting Maro - 2,678 undi)
  • Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (Sadong Jaya -1,074 undi)
  • Noraini Hamzah (Muara Tuang - 3,196 undi)
  • Adam Ahid (Sebuyau - 1,769)
  • Nani Sahari (Tanjong Dato - 1,002 undi).

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails