Tuesday, April 19, 2011

TERKINI!! PECAH BERITA!! Parlimen Singapura Bubar!!


Sebentar tadi menerusi siaran televisyen ke seluruh negara, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan pembubaran parlimen republik negara itu dengan restu Presiden, S R Nathan.

Pengumuman itu mencetuskan suasana kelam kabut akibat pemerhati politik negara itu hanya menjangka parlimen dibubar akhir bulan ini.

Mengikut undang-undang pilihanraya, parlimen perlu dibentuk dalam tempoh 90 hari dari tarikh dibubar dan kesemua ahli politik pemerintah dilarang menggunakan harta kerajaan kerana kerajaan yang memerintah hanya kerajaan sementara (caretaker government).

Parlimen Singapura mempunyai 87 kerusi dengan dipecahkan kepada beberapa wilayah yang dikenali GRC (Group Representation Constituencies).

Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya umum ke-14 sejak Temasek berpisah dari Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party - PAP) merupakan parti pemerintah sejak memenangi pilihanraya pertama pada 1962.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails