Thursday, April 7, 2011

Cikgu Shuib, bekas Adun Bintong meninggal dunia

KANGAR - Bekas wakil rakyat PAS, Shuib Mohamad meninggal dunia pagi semalam di Hospital Tuanku Fauziah di sini akibat sakit tua. Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Shuib merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong dari tahun 1982 hingga 1986. Cikgu Shuib dimasukkan ke hospital tersebut sejak sebulan yang lalu. Pada pilihanraya umum (PRU) ke-6 tahun 1982,

Cikgu Shuib menjadi wakil tunggal PAS di Dewan Undangan Negeri Perlis apabila menang tanpa bertanding selepas kertas pencalonan Azmi Khalid (kini Dato' Seri) ditolak.
Sepanjang penglibatannya di dalam PAS beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam parti termasuk selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis. Dalam PRU ke-7, tahun 1986, beliau bertanding di Dun Sena serta Parlimen Kangar tetapi tewas kedua-duanya. Pada tahun 1990 beliau sekali menjadi calon PAS di Dun Sena tetapi tewas.

Sebagai tanda penghoramatan, kematian beliau juga telah diumumkan oleh Speaker DUN Perlis, Dato' Yazid Mat pada permulaan sidang semalam. Jenazah Allahyarham selamat disempurankan selepas solat Asar pada hari yang sama. Solat jenazah diadakan di Masjid Batu 2 Lama dekat siini dengan diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas beliau.Al-Fatihah.

sumber: Peghelih La

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails