Tuesday, April 19, 2011

Lagi-lagi Dr Aziz Bari


Komen Prof Aziz Bari diberikan liputan meluas oleh akhbar arus perdana. Beliau menganggap Presiden PAS adalah liability buat PAS dan sewajarnya ditukar.

Alasan beliau Hadi gagal membawa PAS memenangi sebarang kerusi di Sarawak dan kegagalan PAS menawan kembali Terengganu dalam PRU ke 12 lalu. Kebetulan komen Aziz ini muncul disaat PAS akan mengadakan Muktamar pemilihannya pada bulan Jun nanti.

Saya perhatikan Dr Aziz memang tidak pernah mempunyai pandangan baik terhadap Hj Hadi termasuklah Timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Sebarang komen dan ulasan beliau terhadap PAS pastinya menyerang dan menyelar kedua-dua pimpinan tertinggi PAS ini.

Beliau dan sesiapa sahaja memang berhak nak memberi ulasan dan komen.

Saya perhatikan komen yang sama turut terbit dalam portal berita Malaysia Insider cuma yang menariknya dalam ruangan komen seorang pengunjung bernama Sulaiman menulis:

what a shame for academician who suppose to be a conti. expert to give such comments. That is nothing to do with his expertise

(malang seorang ahli akademik yang pakar dibidang perlembagaan boleh memberikomen seumpama ini. Ia tiada kena mengena dengan kepakaran beliau)

Begitulah dalam dunia kebelakangan ini, semua menyangka diri masing-masing terlebih pakar dan terlebih handal dari yang lain. Biarlah orang PAS menentukan siapa yang mahu mereka naikkan sebagai pemimpin mereka kerana PAS sebuah Gerakan Islam, adab dan disiplinnya berbeza dengan parti-parti lain malah kriteria pemilihan pemimpin pun jauh berbeza.

Allah swt berfirman (as Sajadah:24):

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

Allah swt berfirman (al Anbiyaa:73):

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani dalam hal memilih pemimpin dalam Islam ada menulis:

Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan dan kesukaran.

Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit”.

Begitu juga Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 39:

Maksudnya: “(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka)”.


sumber

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails