Thursday, April 21, 2011

Pergorbanan seorang pendakwah


Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi oksigen untuk bernafas dan terus-menerus melimpahkan nikmat dan rahmat kepada kita sekalian.Marilah kita senantiasa berselawat keatas Rasulullah SAW setiap sedutan dan hembusan nafas kita ini tanda cinta dan kasih kepada baginda.

Kehidupan adalah ujian kepada manusia apatah lagi kepada orang yang beriman,apabila di uji maka sifat sabar adalah penilaian yang akan di ambil kira bagi menentukan tahap keimanan seseorang.Oleh yang demikian sentiasa lah berdoa agar ujian yang datang mampu di hadapi oleh kita.

Terasa ingin mengeluarkan air mata sesekali memikirkan kepada pendakwah di zaman ini,kesana-kemari menyampaikan ceramah dan kuliah kepada seluruh masyarakat sekarang ini yang semakin tenat dan jauh daripada suasana agama.Semakin membangun negara ini,semakin rosak masyarakat dengan gejala bunuh-membunuh,fitnah-memfitnah dan banyak lagi menghiasi ruang pancaran mata kita sekalian.Maka bagi mereka yang cintakan perjuangan Islam,mereka tidak sanggup membiarkan masyarakat bertambah rosak saban hari.

Alhamdulillah,sebentar tadi saya berkesempatan mendengar kuliah maghrib Al-Fadhil Ustaz Sidek Nor di sebuah surau berpinggiran Bandar Kangar yang menghuraikan Kitab Al-Hikam.Hari ini agak kesibukkan berbanding hari-hari lain di tambah dengan hujan yang menjirus dengan lebat bumi Perlis ini yang sebelum ini di hampar kemas oleh kepanasan iklim tropika.Syukur hujan turun memberi kesejukkan pada penghuni alam yang lainnya.

Siang mula memalapkan cahayanya tanda waktu maghrib akan mengambil peranan sebentar lagi,namun hujan terus menjunam lebat tanda-tanda untuk reda belum muncul,azan pun berkumandang dengan merdu laungan dari seorang guru Ma'had Tahfiz cukup menyentuh jiwa ini.Sesudah selesai solat maghrib dan doa ,hujan mula memperlahankan rentak terjunannya walaupun masih halus-halus menyinggah permukaan bumi.Lalu dengan keredaan ini,motor dihidupkan dan terus menuju ke surau untuk mendengar kuliah daripada Ustaz Sidek Nor,walaupun sampai agak lewat tapi reruang surau ada lagi kosong,mendengar kelantangan beliau berceramah.Memang tidak di nafikan beliau mempunyai daya pidato yang cukup hebat dan padu.

Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Perak seketikan dulu dan pernah berdekam di dalam tahanan ISA selama 2 tahun,penjara menjadi tempat beliau mengumpul tenaga dan beramal,lalu pembesasan dari penjara tidak sedikitpun melunturkan semangat juang nya walaupun umur beliau sekarang adalah 59 tahun.Pelbagai ujian menimpa beliau,sewaktu bulan puasa yang lepas,beliau juga menyampaikan kuliah di surau ini,selepas kuliah beliau mendapat panggilan daripada keluarganya mengatakan isteri dan anak beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang anaknya.Tanpa membuang masa terus beliau bergegas pulang ke Perak dari Perlis.

Itulah ujian yang menimpa beliau,namun tidak sedikitpun melunturkan semangat untuk terus berdakwah kpepada masyarakat,malam ini beliau datang ke Perlis keseorangan dengan menaiki 'storm' yang penuh dengan muatan barang-barang jualan untuk dana sekolah tahfiz di Perak.Walaupun beliau baru sahaja selesai kuliah di Kuala Lumpur pada hari semalam.

Selesai kuliah dan solat beliau terus mengangkat barang-barang untuk di jual dan kerja-kerja jualan itu di lakukan oleh beliau sendiri dan di bantu oleh ahli-ahli kairiah surau ini,dalam pukul 10.31 malam beberapa orang sahabat lain membantu mengemas barang-barang beliau.Maka beliau pun terus pulang ke Perak dengan segera kerana padi keesokkanya harinya beliau ada program lagi.

Itulah pergorbanan seorang pendakwah di zaman ini...fikir-fikirkan..untuk muhasabah diri kita



Taman Kemajuan
11.57 pm

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails