Monday, April 11, 2011

GLC: Dulu rugi, sekarang untung

SITI ZALEHA ABDUL RAHIMYB DATO IR. HJ AMIRUDDIN HAMZAH
ALOR SETAR Di bawah pengurusan baru, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya memeperbaiki prestasi kewangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Permodalan Kedah Berhad yang mengalami kerugian RM555 ribu pada tahun 2008 berjaya mencatat keuntungan pada tahun 2009 dan 2010, masing-masing berjumlah RM678,770 dan RM677,650.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang Dewan Negeri Yang ke 12, di sini.



Sebuah lagi GLC, YIKED Holdings Sdn Bhd (YHSB) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah juga mencatat keuntungan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

“Bagi tahun 2005 YIKED Holdings rugi RM283 ribu, 2006 untung RM392 ribu, 2007 rugi RM57 ribu.

“Alhamdulillah 2008 untung RM679 ribu, 2009 untung RM270 ribu dan 2010 untung RM570 ribu,” ujar beliau.

Faktor ini disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru meletakkan dasar kepada GLC supaya menghadkan pemberian sumbangan maksimum kepada RM1,000 sahaja untuk setiap pemohon sumbangan.

Selain itu, tajaan dan sumbangan kepada pihak yang tiada kaitan dengan syarikat juga telah dikurangkan, menyebabkan penurunan kos yang besar dari segi perbelanjaan am dan pentadbiran.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails