


Kuala Lumpur,28hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno-BN dalam PRU 13 yang akan datang.
Menurut beliau lagi Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah s.w.t. Ianya merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat DUPP yang telah diadakan di Perak baru-baru ini.
“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja” tegas beliau.
“InsyaAllah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan”tambah beliau.
“Buku manual ini akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang, ianya adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan Umno secara tidak lansungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita”kata beliau lagi.
“Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat Pusat ataupun Negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah s.w.t kerana itulah matlamat utama perjuangan kita” ujar beliau lagi.
Kekecohan
Pada kejadian itu, sejak awal majlis, penyokong PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah, sambil membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".
Kekecohan tercetus apabila hampir 100 ahli PERKASA dan bekas tentera cuba mengiringi beberapa wakil mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu. Tindakan itu kerana mereka mendakwa tidak berpuas hati dengan ucapan pemimpin PAS itu mengenai Mat Indera, aktivis anti-kolonialis dan kejadian Bukit Kepong tahun 1950, sebelum ini.
Mengimbas kembali peristiwa petang itu, Abdul Hadi berkata beliau sedang menikmati minuman di sebuah gerai berhampiran apabila terdengar kekecohan di pintu masuk ke tempat ceramah.
"Saya bergegas ke tempat kejadian, di mana saya dapati tiga ahli PERKASA telah menyeberangi jalan dan menuju ke pentas ceramah. Saya nampak seorang lagi ahli PAS - Abdus Star Nor Mohd - dan beberapa ahli PAS yang lain cuba menghalang mereka.
"Kemudian, lebih ramai ahli PERKASA menyeberangi jalan dan mula menolak para hadirin dalam usaha cuba menuju ke pentas. Saya nampak Abdus Star ditolak, jadi saya ambil keputusan untuk menolongnya.
"Pada ketika itu, seseorang menumbuk hidung saya, dan dalam sekelip mata hidung saya mula berdarah dan saya rasa pening. Seorang ahli PAS kemudian datang membantu saya dan membawa saya ke tadika Al Wildan, tempat ceramah diadakan," kata Abdul Hadi.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rahang pada malam yang sama.
Bertambah semangat
Abdul Hadi yang menjadi ahli PAS sejak empat tahun lalu, berkata episod itu tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, ia telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dengan perjuangan PAS.
Selain Abdul Hadi, seorang lagi ahli PAS juga didakwa cedera akibat lontaran batu yang terkena kepalanya pada kejadian itu. Walau bagaimanapun, ahli PAS yang hanya dikenali sebagai 'Shahib' itu enggan untuk ditemuramah atau membenarkan gambarnya dirakam.
Pada Sabtu lalu, polis berjaya meleraikan ketegangan selepas memujuk kedua-dua pihak supaya bertenang.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abd Ghani dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.
Sementara itu, setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad menafikan bahawa ahlinya cuba menghasut atau menyerang Abdul Hadi atau mana-mana ahli-ahli PAS yang lain.
Menentang Mat Sabu
"Saya tidak bersetuju terhadap penggunaan keganasan. Adalah tidak benar bahawa kami sengaja menimbulkan kemarahan mereka. Kami tidak ada sebab untuk menimbulkan apa-apa provokasi kerana kami tidak menentang PAS, tetapi hanya Mohamad Sabu," katanya kepada Malaysiakini.
"Namun apabila hadirin terlalu ramai dan mereka pula beremosi, pelbagai insiden boleh menjadi di luar kawalan," kata Alias.
Beliau sebelum ini mendakwa bahawa seorang ahli PERKASA juga antara mereka yang cedera pada kejadian itu apabila terkena simbahan 'air panas'.
Menurut Alias lagi, seorang daripada penganjur ceramah berkenaan telah membenarkan tiga perwakilan PERKASA untuk bertemu dengan Mat Sabu. Tetapi apabila tiga lagi ahli PERKASA yang lain ingin turut serta, mereka dihalang.
Akibatnya, kata Alias, tercetus ketegangan sehingga menimbulkan suasana huru-hara.- mkini
Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan - Zahid Hamidi
BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.
Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.
"Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Kami Anak 1Malaysia' membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di sini, Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.
Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.
"Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu," tambahnya. - BERNAMA
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.
Menurut beliau lagi, Maqasid Syariah adalah merupakan satu kefahaman yang penting di dalam Ilmu Islam. Ianya tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu apatah lagi untuk menyelamatkan sebuah parti yang bakal karam.
“Matlamat maqasid ialah memastikan keadilan tercapai, maqasid bukan digunakan untuk meghalalkan ‘pemandulan’ hukum hudud”, tegas beliau ketika dihubungi semalam.
Kenyataan ini merujuk kepada kenyataan Najib semalam sepertimana yang dilaporkan Bernama dipetik berkata: “Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip Maqasid Syariah boleh dan mampu kita pertahankan”, kata Najib.
Yb. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib berkata lagi: “Kenyataan Najib melambangkan beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan maqasid, matlamat maqasid ialah mencapai keadilan, jadi semua yang datang daripada Allah s.w.t adalah adil termasuklah hukum hudud, kalau Islam hanya dengan maqasid sahaja maka tidak gunalah syariat Islam”.
“Adil bukan boleh ditafsir oleh akal manusia sahaja tanpa panduan wahyu”, tambah beliau.
“Inilah sebab sebenar mengapa kita lawan Umno, prinsip kita amat berbeza sekali dengan Umno, saya juga ambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh agamawan dan mereka yang masih cintakan Islam dalam Umno supaya meninggalkan segera parti itu kerana Umno tidak membela undang-undang Islam secara sepatutnya”, ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu.