
Slogan PAStikan Perlis bersih

Warga Perlis berkumpul di Menara Jam 1350-1940 sebelum memulakan gotong-royong ini

Berbekalkan plastik hitam dan flyers,warga Perlis bergerak secara berasingan untuk memungut sampah yang berada di sepanjang jalan

Saudara Amirul Jufri sedang memungut sampai di depan Bank Rakyat..simbolik kepada peranan kita untuk merakyatkan perjuangan

Jentera pemuda bersama muslimat turun pada hari ini dengan satu misi yang jelas untuk memastikan Perlis bersih daripada sampah sarap dan juga sampah masyarakat yang semakin membebankan negara kita sekarang.

Inilah sikap masyarakat kita di bawah kerajaan UMNO sejak 53 tahun memerintah Malaysia,rakyat tidak di bentuk akhlaknya dengan baik,sikap membuang sampah merata-rata menjadi hobi dan sudah menjadi sebati dalam diri masyarakat kita,apa-apa pun Ketua Pemuda PAS DUN Kayang Saudara Amirul sedang mengutip sampah itu

Flyers berkaitan Ramadhan Al-Mubarak rancak di edarkan kepada orang ramai,di dalamya sarat dengan program-program yang akan membawa diri kita mencapai taqwa kepada Allah SWT,persoalanya adakah kita bersedia menyambut bulan yang mulia ini hanya beberapa hari saja lagi?

Sebahagian sampah yang berjaya di kutip

Pendaftran dan semakan SPR juga di buka di sini,kelihatan Saudara Yasir Arafat sedang mengambil gambar atau sedang membetulkan webcam

Ucapan lantang daripada YB Ruseeli Eizan ADUN Simpang Empat juga kelihatan Ustaz Yaakub Abu Seman sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis serta Ustaz Rosmadi Ramli iaitu Ketua Jabatan Amal Perlis

Wakil daripada DAP juga bersama-sama menjayakan misi ini di bawah satu payung Pakatan Rakyat

Jamuan ala kadar di sediakan kepada semua warga Perlis yang terlibat dengan gotong-royong perdana ini

Sebahagian warga Perlis yang sempat bergambar kenangan

Ketua Jabatan Amal Kangar Saudara Mior Hassan Sazali berbual dengan kawan lama semasa belajar dahulu,kawannya itu sekarang ini adalah jurulatih angkat berat dan bina badan
No comments:
Post a Comment