
Misi rehlah extreme bersama golongan muda dengan slogan "Orang Muda Geng Kita"

Bot yang di sebelah kiri bakal kami naiki sebentar saja lagi

Bot yang kami naiki melintasi pengkalan polis marin sebelum memasuki Laut Andaman

Laluan ini sentiasa sibuk dengan feri yang selalu ulang-alik dari Langkawi,kami terpaksa bertahan daripada hempakkan ombak feri ke atas bot yang kami naiki ini

Kira-kira 20 orang lebih pemuda-pemuda yang kami dapat kumpul untuk misi rehlah kali ini

Kelihatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Saudara Mohd Iqbal (Iqbal Jundullah) bersama Ketua Pemuda PAS DUN Kayang Saudara Mohd Amirul Jufri mengepalai misi rehlah kali ini,sehingga bot yang kami naiki di rempuh gelombang dan hujan lebat

Alhamdulillah...kami berjaya mendarat di lokasi dengan selamat

Mula bergerak ke tempat berteduh sebelum memulakan misi yang hakiki di sini

Bolehkan pembaca menterjemahkan tulisan ini?

Saudara Mohd Iqbal akan memulakan misi kayuhan pejuang dengan menggunakan sampan kecil

Klinik kesihatan juga di bina untuk kemudahan perubatan bagi penduduk di sini

Saudara Mohd Amirul mula menziarahi penduduk di sini dan bertanya khabar

Sejadah di hampar untuk solat Zuhur berjemaah

Kanak-kanak Thailand ini bakal mewarisi tugas dakwah apabila dewasa kelak

Melihat ikan banang mencari makanan di permukaan air

Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah,kami berbincang dan berbual bersama Imam Yong,beliau merupakan Iman masjid di sini

Masjid baru dalam proses pembinaan,kelihatan Saudara Mohd Amirul sedang berbincang sesuatu dengan penduduk di situ

Kambing sedang bergaduh,persoalannya apakah yang menyebabkan mereka berbalah?

Khazanah laut yang begitu berharga,kepada kaki pancing mereka boleh mencongak spesis ikan apa yang menghuni kawasan ini,penulis dapat meneka ikan kuku,ikan kerapu,ikan gelama dan ikan siakap banyak di kawasan ini,juga kami berpeluang melihat sedikit aksi akrobatik dari seekor Dolphin yang tiba-tiba muncul di permukaan air

Misi rehlah selama 2 hari berakhir dengan kepuasan memancar di wajah-wajah pemuda ini

Kelihatan 2 orang nelayan sedang membaiki 'propeler' bot sebelum turun ke laut

Akhirnya kami sampai dengan selamat ke jeti,semoga rehlah kali ini menjadi nostalgia yang tidak dapat kami lupakan...Allahuakhbar
No comments:
Post a Comment