Saturday, January 1, 2011

Loricifera Hidup Tanpa Oksigen

Sekumpulan pengkaji laut dalam dari Itali dan Denmark menemukan haiwan multiselular yang melangsungkan seluruh hidupnya tanpa menghirup oksigen.

Kumpulan pengkaji itu menemukan tiga spesies Loricifera (haiwan serupa ubur-ubur berukuran panjang kurang dari satu milimeter) di kedalaman L’Atalante, sebuah kawasan perairan masin tak beroksigen di kedalaman 3000 meter, dasar laut Mediterranian, atau laut tengah.



Ketika Antonio Pusceddu, pengkaji dari Marche Polytechnic University, Itali, dan rakan-rakannya menemukan Loricifera tersebut, mereka memperkirakan bahawa haiwan itu jatuh ke dasar laut setelah haiwan itu mati.

“Kami kira sangatlah tidak mungkin mereka boleh hidup di sana,” kata Pusceddu, seperti diambil rujukannya dari Discovermagazine. Akan tetapi, dari ujian yang dilakukan pada dua ekspedisi berikutnya, diketahui bahawa haiwan yang ditemukan itu masih hidup.

Pusceddu menyebutkan, Loricifera memiliki cara adaptasi yang unik terhadap lingkungan bebas oksigen.

Haiwan ini tidak memiliki mitochondria (sel yang mampu menukarkan oksigen menjadi tenaga seperti yang ada di seluruh sel haiwan lainnya). Akan tetapi mereka menggunakan struktur yang menyerupai hydrogenosom, organ yang menggunakan mikroba untuk menghasilkan tenaga.

Apa yang menarik, penemuan ini membuka kemungkinan adanya kehidupan haiwan yang lebih kompleks di lingkungan keras bebas oksigen lainnya. Baik di Bumi ataupun di tempat-tempat lain.


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails