Semalam,9.15 p.m. Skuad Pro-Mahasiswa telah mengadakan "ZIARAH MESRA" ke kolej kediaman 9 dan 3. Lebih kurang 40 orang mahasiswa dari Pro-Mahasiswa yang telah menyertai aktivis ini.
Di kolej kediaman ke-9, kami mendapat sambutan yang sangat baik daripada penghuni kolej kediaman tersebut. Malah,kami sempat berkenalan dengan beberapa orang mahasiswa yang menginap di kolej tersebut. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghuni Kolej kediaman ke9 kerana sudi meluangkan masa untuk berkenalan dengan kami.
Akan tetapi tidak di kolej kediaman ke-3, kami mendapat tentangan dari JTK/JIK kolej untuk menziarahi mahasiswa yang menginap di kolej kediaman di sana. Kami dianggap PENCEROBOH dan dilarang sama sekali untuk menziarahi sahabat-sahabat kami disana.
"Bang, saya pelik lah dengan bekas-bekas Pembantu Mahasiswa, JTK/JIK dan penyelia kolej kediaman ni, kenapalah mereka takut sangat dengan aktivis-aktivis Pro-M ini, siap buat pengumuman lagi menggunakan pembesar suara mengatakan aktivis-aktivis pro-M adalah penceroboh. Tuduhan ini sangat melampau. Kami akan menyokong pro-M dalam Pilihanraya Kampus nanti". Itulah kata-kata dari siswi kolej ketiga malam tadi kepada salah seorang aktivis Pro-M Malam tadi.
Ini adalah perkara yang sangat memalukan, dan menyebabkan penghuni kolej kediaman tersebut takut untuk tinggal dikolej itu lagi kerana dikatakan ada PENCEROBOH!. adakah ini juga dianggap fitnah kepada Pro-Mahasiswa, tidak sedarkah mereka hukum mengfitnah itu sama dengan Hukum Membunuh? Waiyazubillah~
Sebelum bersurai, kami sempat berkumpul di Parking kereta untuk mendengar kata-kata semangat serta taujihat dari Duta-Duta Pro-Mahasiswa dengan melaungkan keramat semangat STUDENT POWER!
"Walaupun kita mendapat halangan, tetapi saya harap sahabat-sahabat dapat meneruskan perjuangan ini untuk kita menziarahi sahabat-sahabat kita yang berada di kolej-kolej kediaman yang seterusnya. Saya juga mengharapkan sahabat-sahabat dapat kuatkan diri, dan tabahkan hati dalam menghadapi rintangan-rintangan yang mendatang yang akan kita hadapi bersama.InsyaAllah. Student Power!! Student Power! Student Power!" Ucapan dari duta Pro-Mahasiswa, Muhammad Nasrul Alam Asyári.

Walaubagaimana pun, kami dari Pro-Mahasiswa akan tetap terus melangkah untuk menziarahi sahabat-sahabat kami di kolej kediaman yang seterusnya. -Promkite.
_________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE ALL FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com
No comments:
Post a Comment