Tuesday, January 18, 2011

Sansevieria

Sebuah fakta menarik, bahawa Lembaga Penerbangan Antariksa AS (NASA) menanam ribuan sansevieria di dekat tapak nuklearnya. Lokasi penanaman ini hanya berjarak sekitar 10-25 meter dari tapak nuklear tersebut. Apabila suatu ketika terjadi kebocoran, maka ribuan sansevieria tersebut akan menyerapnya.


http://www.peacefulresources.org/wp-content/uploads/2010/09/Sansevieria.jpg

Ternyata tanaman hias Sansevieria atau dikenal juga dengan sebutan Lidah Buaya adalah tanaman anti pencemaran dan juga pelindung radiasi.

Beberapa analisis menunjukkan bahawa Sanseveira mampu menyerap 107 jenis racun. Termasuk racun-racun yang terkandung dalam kandungan udara (karbonmonoksida), racun rokok (nikotin), bahkan radiasi nuklear.

Kaedan lainnya dapat disimpulkan bahawa untuk ruangan seluas 100 m3 cukup menempatkan Sansevieria Lorentii dewasa berdaun 5 helai agar ruangan itu bebas pencemaran.

Ciri spesifik yang jarang ditemui pada tanaman lain, diantaranya mampu hidup pada kadar suhu dan cahaya yang luas, sangat tahan terhadap gas udara yang berbahaya (pencemaran), bahkan mampu menyerapnya sehingga di kawasan yang padat.

Di dalam ruangan yang penuh dengan asap nikotin dimanfaatkan sebagai anti pencemaran (air freshener). Sementara di Afrika getah Sansevieria dimanfaatkan sebagai anti racun ular dan serangga.

Sebagai tanaman hias sansevieria sangat mudah dirawat dan tidak memerlukan banyak bahan lain. Sansiveria (lidah buaya) memang sering kita temui di pekarangan rumah di kampung-kampung, baik itu ditanam di sekitar pagar maupun di dalam pasu, tetapi mungkin kita belum banyak mengetahui akan salah satu fungsinya yang anti pencemaran dan radiasi, jadi bagi yang belum menanam, maka tanamlah di rumah kita.

1 comment:

  1. lidah buaya tu alovera, yg ni lidah jin. di Indonesia di sebut juga lidah mertua.

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails