Siput tergolong ke dalam haiwan lunak (mollusca) dari kelas Gastropoda yang bererti berjalan dengan perut. Siput merupakan haiwan yang berasal dari Afrika Timur. Oleh kerana mudah berkembang biak, siput menyebar ke seluruh kawasan dunia.
Family: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Gastropoda
sub kelas : Pulmonata
Ordo Stylommatophora
Ramai masyarakat yang menggemari makanan siput. Selain itu, siput juga dipakai dalam pengubatan tradisional, kerana ekstrak daging dan lendirnya sangat bermanfaat untuk mengubati berbagai macam penyakit seperti abortus, radang selaput mata, sakit ketika menstruasi, sakit gigi, gata-gatal, dan lain-lain.
Pada awalnya, siput banyak diburu kaum petani kerana merupakan musuh dan hama bagi tanaman. Namun, kini siput banyak diburu dan dikumpulkan untuk eksport. Permintaan terhadap siput sangat tinggi, terutama dari Negara Perancis, Jerman, serta Jepun sebagai makanan.
Siput menghasilkan 20-80 telur yang bulat dan tembus cahaya, telur diletakkan di dalam tanah dibawah batu. Setelah beberapa minggu telur siput akan menetas dan cengkerangnya akan membesar mengikuti pertumbuhannya.
Makanan siput adalah tumbuhan-tumbuhan yang dipetiknya dari hasil perkelanaannya dengan menggunakan gigi-gigi kecilnya yang berbentuk seperti parutan.
Yang terakhir adalah keunikan dari cengkerang siput adalah selain berfungsi sebagai perlindungan akan tetapi dapat juga berfungsi sebagai paru-paru. Pertukaran gas antara udara dan darah terjadi pada daerah dinding lubang palleal yang kaya akan pembuluh darah.
No comments:
Post a Comment