Ramadhan akan meninggalkan kita sebentar sahaja lagi, dia mendatangi kita sejak sebulan yang lalu dan maghrib nanti dia akan pergi meninggalkan kita,tidak sanggup rasa melepaskan dia pergi begitu sahaja.Dia datang sebagai tetamu yang sangat mulia,bersama dia bermacam-macam mutiara berharga,namun semuanya itu bergantung di atas diri kita jika kita melayani dia sebagaimana yang sepatutnya,maka kita akan mendapat apa yang ada pada dia.Tetapi jika kita hanya melayani sekadar batuk di tangga maka sekadar itu lah juga pemberiannya pada kita.
Di saat ini lah ramai manusia membiarkan tetamu yang mulia ini keseorangan,masing-masing tengah sibuk membeli-belah pakaian dan kuih raya,al-maklumlah esok hari raya.Apa yang pasti bagi mereka yang bersedia dari awal lagi untuk menjemput dia, maka pakaian dan kuih raya itu sudah di beli sebelum datangnya tetamu kita ini iaitu Ramadhan yang mulia kerana dia datang hanya sekali dalam setahun.Ada yang dapat melayani dia dengan begitu baik sekali dan ada juga yang membiarkan seperti barangan hiasan sahaja.
Tetapi itulah hakikat layanan manusia pada Ramadhan,kerana mata zahir hanya boleh melihat suasana pada hari-hari Ramdhan,namun yang paling penting melihatnya mata hati adalah jawapan yang paling tepat kerana mata hati ini melihat pada yang tersirat di dalamnya.Umpama peniaga-peniaga bersusah payah dan bersungguh-sungguh membuka gerai makanan di bazar-bazar,ini kerana keuntungan menjual juadah berbuka berlipat kali ganda jika di bandingkan pada bulan-bulan biasa.Begitu juga pada mereka yang melihat hakikat Ramadhan ini yang di beri ganjaran berganda-ganda setipa ibadat yang di lakukan.
Apa yang paling sedih peniaga-peniaga tidak langsung menghormati bulan yang mulia ini,ramai yang tidak menunaikan solat kerana sibuk menjual makanan dan yang paling terguris di hati ini apabila melihat wanita-wanita yang menjual makanan itu berpakaian ketat lagi melekat,rambut melambai-lambai pelanggan supaya datang ke gerainya.Maka pelanggan datang berpusu-pusu menyerang gerainya sambil mencuci mata yang sudah layu dan kuyu,terlihat pemandangan baru itu terus naik semangat meneruskan perjuangan puasa,pelanggan yang tidak di undang pun datang juga menyerang ganas seperti yang terjadi di Melaka dan Kuantan tempoh hari,di sapu licin dengan makanan,periuk,payung membawa terbang ke awan.Ini lah kemurkaan Tuhan pada mereka yang tidak tahu menghormati kedatangan tetamu yang mulia ini.
Iringilah Ramadhan ini disaat-saat dia akan pergi meninggalkan kita dengan banyak-banyak berdoa pada Allah SWT supaya mendapat taqwa dan redha dari-Nya.
CEO kekoh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment