Thursday, September 23, 2010

Pantai Merdeka memanggilku...




Sejarah Awal Kedah

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.

Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.

Garis masa Kesultanan Kedah
* 1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
* 1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
* 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
* 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
* 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
* 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
* 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
* 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
* 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
* 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
* 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
* 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
* 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
* 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
* 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
* 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
* 1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
* 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
* 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
* 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
* 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
* 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
* 1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
* 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
* 1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
* 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
* 1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
* 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)


Sejarah Awal Alor Setar

Alor Setar atau dikenali sebagai Alor Star merupakan ibu negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat.

Asal usul

Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.

Jalan Raya

Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Setar dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Setar: Alor Setar Selatan dan Alor Setar Utara.

Bas

Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.

Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Ianya terletak berseberlahan dengan Kolej tertua di Kedah iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid atau KSAH.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails