Tuesday, September 7, 2010

Terengganu tetap di hati Anuar


SELAIN pasukan benua Terengganu, kelibat Anuar mendapat perhatian pasukan dari Amerika Syarikat, Kelly Benefit Strategies.

PELUMBA sensasi negara, Anuar Manan tidak merahsiakan lagi keinginannya untuk berkayuh buat pasukan benua Terengganu pada kejohanan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

Meskipun menerima tawaran daripada sebuah pasukan benua dari Amerika Syarikat, Anuar yang ditabalkan Raja Pecut LTdL 2009 tetap berhajat untuk mempertahankan Jersi Hijau tersebut bersama negeri kelahirannya itu.

Begitupun, pelumba kelahiran Kuala Ibai itu masih belum mene- rima sebarang maklumat terperinci daripada pasukan benua Terengganu sedangkan ketika ini beliau sedang menimbang tawaran daripada pasukan Kelly Benefit St- rategies.

Selain pasukan benua dari Amerika Syarikat itu, Anuar, 24, dikata- kan turut diintai sebuah lagi pasu- kan benua dari Itali.

“Memang kalau boleh saya mahu berkayuh untuk negeri kelahiran saya, Terengganu, pada LTdL tahun depan,” kata Anuar kepada Kosmo! semalam.

“Tetapi buat masa ini saya masih lagi belum dihubungi oleh pasukan Terengganu, malah saya juga tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pasukan tersebut.

“Ketika ini hanya pasukan benua dari Amerika saja yang telah memberitahu niat mereka dan saya juga telah melihat tawaran daripada pasukan itu,” katanya lagi.

Anuar yang mencatat sejarah sebagai pelumba pertama negara memenangi peringkat perlumbaan LT- dL pada edisi 2009 sejak diperke- nalkan 15 tahun lepas, memberitahu bahawa dia akan menanti maklum balas daripada pasukan benua Terengganu lebih dahulu sebelum membuat keputusannya.

Alasan Anuar ialah bukan kerana wang atau bayaran yang akan diterimanya, sebaliknya berdasarkan kemampuan pasukan untuk menyertai lebih banyak perlumbaan peringkat tertinggi dan juga pada peringkat Eropah.

“Saya tidak kisah tentang jumlah bayaran. Tidak kira sama ada mereka mahu bayar sedikit atau banyak, wang bukan faktor utama bagi saya,” jelas Anuar.

“Tetapi apa yang saya mahu tahu ialah setakat mana kemampuan pasukan itu menyertai perlumbaan, sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di Eropah.

“Apa pun, saya akan tunggu maklumat daripada pasukan Terengganu dahulu. Kalau bagus, saya akan menyertai pasukan tersebut, jika tidak saya akan menyer- tai pasukan Amerika itu,” katanya.

Selain Anuar yang ketika ini berkayuh bersama pasukan Korea Sela- tan, Geumsan Ginseng Asia, seorang lagi pelumba Terengganu, Adiq Husainie Othman yang menyertai pasu- kan Australia, Drapac Porsche turut disenarai pendek menyertai pasukan benua Terengganu.

Pelumba lain pula ialah Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Harrif Salleh, Mohammad Saufi Mat Senan, Yusrizal Yusuf, Mohd. Faiz Sharifudin Abdul Kadir, Mohd. Sobri Abdullah, Ahmad Haidar Anuawar, Nur Rizuan Zainal, Ahmad Fallanie Ali dan Amir Mustafa Rusli.

Pasukan benua Terengganu ditubuhkan atas ilham Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said setelah melihat kehebatan negeri Pantai Timur itu melahirkan atlet lumba basikal negara.

Dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta, pasukan benua yang akan dibimbing Syed Mohd. Hussaini Syed Mazlan itu bakal menjadi pasukan negeri pertama yang menyertai perlumbaan LTdL 2010.-KOSMO

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails