Wednesday, September 15, 2010

Kes jenayah memang perlu dipolitikkan


"Assalamualaikum,,,,
Kerangka cara hidup sepatutnya dipandu oleh agama, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh setiap individu ditentukan oleh manual yang ditetapkan agama, kehidupan fitrah manusia pula tidak boleh lari dari kehidupan berjemaah kerana itu agama menetapkan bahawa kehidupan berjemaah ini perlu dipandu oleh panduan agama.Agama yang dimaksudkan di sini ialah agama Islam yang diterima dan diredhai oleh ALLAH.Termasuk dalam tatacara kehidupan berjemaah ialah politik yang amat penting untuk menguruskan kehidupan berjemaah dalam pengertian pengurusan negara.

Segala permasalahan jemaah dikawal selia oleh sistem politik yang dipandu oleh agama.Itu pengertian kehidupan berpolitik yang seharusnya difahami sebelum apa apa dakwaan mengenai sesuatu isu atau perkara dipolitikkan demi kepentingan sesetengah pihak.Isu apakah sebenarnya bebas dari politik seandainya ianya melibatkan kepentingan jemaah?

Kerajaan yang dilantik oleh sistem politik adalah pihak yang bertanggungjawab penuh menjaga keharmonian rakyat dan sebarang kepincangan dalam kehidupan rakyat mesti diakui oleh kerajaan yang bertanggungjawab sebagai kelemahan mereka mengurus kehidupan rakyat.Kerajaan yang gagal berfungsi sehingga menyebabkan berbagai bagai kesulitan kepada rakyat wajar mengundurkan diri untuk diganti oleh kerajaan lain.Tetapi sejarah manusia telah banyak menunjukkan kedegilan manusia yang memegang kuasa sebagai kerajaan untuk berundur sekalipun jelas gagal membawa kesejahteraan hidup kepada rakyat.

Revolusi Perancis, kejatuhan Marcus dan Suharto adalah antara kerajaan yang gagal yang terpaksa dijatuhkan oleh rakyat dengan darah dan airmata.Sejarah manusia banyak menunjukkan kejatuhan kerajaan yang serupa termasuk kejatuhan kerajaan Ummayyah dan Abbasiah.Di samping itu terdapat juga kejadian gagalnya kerajaan berfungsi kerana rakyatnya sendiri seperti berlaku kepada Sultan Abdul Hamid dari kerajaan Othmaniah yang gagal mengekalkan kerajaan kerana keengganan rakyatnya menerima petunjuk agama sebaliknya teruja dengan pembaharuan Mustafa Kamal Artartuk.

Kembali kedalam negara dan kembali meneliti isu isu yang menjadi bualan rakyat hari ini, apakah ianya tiada kaitan dengan politik?Apakah isu isu besar termasuk isu jenayah berat seperti pembunuhan Altantuya bukan isu politik kerana semata mata kerana komisyen kapal selam?Begitu juga kes pembunuhan arwah Norita, apakah ianya langsung tiada kaitan dengan politik?Hatta apakah kes pembunuhan arwah Ustazah dan anaknya di Negeri Sembilan juga tiada kaitan dengan politik.Tertipulah sesiapa yang percaya bahawa isu isu ini tiada kaitan dengan politik tetapi di'politik'kan demi kepentingan sesetengah pihak.Ini kerana semua isu ini menunjukkan kegagalan kerajaan yang dilantik untuk menjaga keselamatan rakyatnya dan sudah tentu ianya berkait rapat dengan politik.

Di negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan pilihanraya setiap 5 tahun, menjadi tugas sebahagian rakyat yang percaya dan yakin kerajaan hari ini sudah gagal untuk memastikan kerajaan yang bakal dipilih untuk penggal akan datang adalah kerajaan yang baru dan segar.Untuk itu pihak yang menawarkan diri sebagai pengganti dan rakyat yang menyokong mereka seharusnya membangkitkan isu isu ini sebagai hujah yang kuat untuk rakyat mempertimbangkan penukaran kerajaan nanti.Jadi di mana silapnya isu ini diutarakan untuk pertimbangan rakyat? Kenapa mesti ada suara suara sumbang yang mendakwa isu isu ini dipolitikkan untuk memenuhi poket sesetengah pihak?Matangkah kita untuk mendakwa demikian sedangkan kehidupan kita secara berjemaah tidak terasing dari politik?

Kes pembunuhan terbaru versi 1Malaysia dikatakan kerana bisnez tetapi sedarkan kita bahawa bisnez juga tidak terlepas dari politik?Politik tidak sahaja bermakna yang melakukan jenayah itu ahli DAP atau MIC atau Hindraf dan yang dibunuh itu ahli UMNO atau PKR tetapi politik turut melibatkan kaedah urusniaga yang dijalankan sehingga membawa kepada pembunuhan tersebut.Kenapa mangsa dibunuh, kaitan dengan sebarang pihak lain(barang diingat lapuoan awal menyebut ada VIP terlibat) yang mungkin daripada pasukan pengurusan negara.Keahlian pihak terbabit dengan mana mana parti politik tidak membawa apa apa makna, jadi pihak yang cuba mengaitkan mereka dengan mana mana parti politik merupakan orang orang yang tidak matang sebaliknya mencadangkan kepada rakyat agar kerajaan yang gagal ini ditukar merupakan sesuatau yang perlu dihormati sesuai dengan sistem politik negara dan sesuai dengan fitrah manusia yang perlu berpolitik untuk menguruskan kehidupan.

Begitu juga dengan Vincent Tan, yang didakwa setengah pihak sebagai seorang usahawan yang banyak berjasa kepada negara.Perlu dilihat bagaimana kaitan Vincent Tan dengan orang orang politik sehinga beliau begitu berkuasa untuk mengawal sistem perundangan negara(rujuk kes Linggam) dan begitu mudah mendapat lesen judi bola serta lesen jualan arak secara terbuka.Vincent Tan jelasnya salah seorang yang mencemar politik negara.


Tranungkite

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails