Selama ini, masyarakat beranggapan bahawa segala makanan yang dihinggapi oleh lalat bererti makanan itu sudah tercemar. Memang anggapan itu tak salah, kerana memang lalat yang hinggap terkadang membawa kuman yang sering terbawa pada makanan yang dihinggapinya. Sehingga hal ini memunculkan anggapan baru bahawa makanan yang dihinggapi lalat adalah makanan yang tak sihat.
Namun anggapan ini kurang tepat bila diaplikasikan pada daging mentah. Banyak orang awam yang tak mau membeli daging mentah di pasar kerana dagingnya dipenuhi dengan lalat. Padahal daging mentah yang dipenuhi lalat itu adalah daging segar.
Lalat secara fitah akan memilih daging yang segar untuk dihinggapi, kerana aromanya sangat menarik bagi lalat. Justeru itu daging yang jarang dihinggapi oleh lalat itulah patut dicurigai, lerana boleh jadi daging itu sudah diberi pengawet buatan atau formalin.
Lalat sangat benci dengan aroma bahan kimia, sehingga jarang sekali lalat mau hinggap pada daging mentah yang sudah diberi formalin atau pengawet buatan lainya. Daging yang dipenuhi lalat bukan bererti tak sihat, tapi itu menandakan tingkat kesegaran daging mentah tersebut.
Kata-kata semangat: apabila anda masuk ke pasar,selalu terlihat ramai orang jual ikan,oleh yang demikian orang yang bijak tidak akan mengambil risiko untuk menjual ikan juga,tetapi dia bijak memilih untuk menjual garam.
No comments:
Post a Comment