
(masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu Mesir, Malaysia awal 6 jam)
Kebangkitan rakyat Mesir memuncak semalam apabila  dilaporkan lebih 8 orang terbunuh manakala lebih 1000 orang cedera.  Ikuti laporan langsung yang dipetik melalui sesawang al jazeera.
10.22 am – Laporan dari doktor di Tahrir Square  mengatakan lapan lagi telah terbunuh lewat malam tadi.
10.30 am – Al Jazeera menyiarkan video rakaman dari  Tahrir Square.
10.15 am – Penunjuk perasaan di Tahrir Square di  Kaherah dilihat memukul penentang pihak lawan sebagai pertembungan  berterusan yang berlaku antara pro dan anti Mubarak pada hari kedua  mereka.
10.13 am – Robert Fisk mengatakan jalan sepanjang  di Kaherah dilimpahi darah dan ketakutan  
10.11 am – 62 hak organisasi manusia Mesir memberi  amaran terhadap keganasan dalaman berhubung desakan terhadap Presiden  Mubarak untuk tinggal di pejabat. Organisasi mengatakan dalam sebuah  pernyataan bahawa mereka mengesyaki keseriusan dari apa yang diumumkan  Mubarak kerana ia bertepatan denganserangan di Tahrir Square.
9.44 am – Tiada rundingan yang akan dilakukan  dengan ahli rejim Mubarak selagi Mubarak tidak berundur
9.43 am – Jurucakap Persatuan Kebangsaan Mesir  (Egyptian National Association for Change), yang dipimpin ElBaradei,  Hamdy Kadil berkata kepada Al Jazeera bahawa Mubarak secara peribadi  akan bertanggungjawab sekiranya ‘pembunuhan’ lain berlaku di Tahrir  Square.
9.36 am – Penunjuk perasaan anti-kerajaan  mengatakan usaha mereka untuk menggulingkan Presiden Mubarak semakin  kukuh sehingga mencetuskan kekerasan yang mengakibatkan lima nyawa  terkorban. Ratusan penduduk telah berkemah di Tahrir Square walaupun  rusuhan sedang berlaku. 
9.33 am – Gerakan Mesir menyeru tentera melindungi  penunjuk perasaan yang tidak bersalah. 
9.06 am – Penentang Mubarak telah mengubah nyanyian  mereka dengan berkata mereka mahukan presiden itu mati digantung atau  cuba digantung.
9.04 am –  Pro-Mubarak merancang untuk kembali ke  Tahrir Square dengan jumlah pengikut yang lebih besar (laporan dari  salah seorang penerbit Al Jazeera di Kaherah)
8.55 am – Menteri Kesihatan Mesir, Ahmed SamihFarid  mengesahkan lima orang terbunuh dalam serangan keganasan di Tahrir  Square, Kaherah. Beliau mengatakan sebahagian besar mangsa korban adalah  disebabkan terkena balingan batu dan objek keras seperti batang logam  dan kayu. Keseluruhan mangsa yang dihantar ke hospital adalah seramai  836 orang, di mana 86 daripadanya masih dirawat dan lima daripadanya  dilaporkan terkorban.
8.42 am – Televisyen kerajaan Mesir mengatakan lima  orang terbunuh dan lebih 800 yang tercedera semalam di Tahrir Square.
8.35 am – Aktivis anti-kerajaan, Alaa Abdel Fattah  memberitahu Al-Jazeera beliau tidak tahu apa yang akan berlaku selepas  ini, tetapi jika rakyat bersedia mati untuk itu, beliau yakin mereka  tidak dapat dikalahkan.
8.08 am – Demonstrasi anti-kerajaan dan penyokong  Presiden Mubarak terus melemparkan batu antara satu sama lain sebaik  matahari terbit di Kaherah.
8.02 am – Menurut majalah Foreign Policy, apa yang  dilaporkan Al Jazeera adalah bertentangan dengan propaganda autokrat  Arab.
7.46 am – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat  mengulangi peringatannya kepada warganegara AS di Mesir
7.37 am – Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan  membuat perjalanan ke Tahrir Square untuk hari ke-10 demonstrasi  menentang Presiden Mubarak.
7.29 am – Tentera Mesir menahan beberapa penunjuk  perasaan di Abdel Munim Riyad di Kaherah. Tiada maklumat jelas tentang  asal-usul penentang yang ditahan.
7.24 am – Aktivis hak asasi manusia, Ramy Raoof  memberi video terkini tentang suasana di Kaherah menerusi rakaman  telefon bimbit yang disiarkan melalui laman web Bambuster.com.
7.15 am – Amerika Syarikat meminta warganya untuk  segera meninggalkan Mesir
6.42 am – Tebusan di Tahrir Square berterusan, lima  dilaporkan terbunuh.
6.05 am – Gambar secara langsung penentang  membaling bom Molotov berdekatan Tahrir Square disiarkan di Al Jazeera
6.03 am – Seorang penunjuk perasaan cedera ditembak  di kepala, namun disahkan masih hidup oleh doktor yang bertugas sebelum  dirawat di hospital. Doktor mengesahkan tembakan tersebut  datang dari  penentang pro-Mubar dan bukannya tentera. Salah seorang penentang  mengatakan enam orang telah terkorban hari ini, namun doktor pula  mengesahkan empat yang terkorban.
-tvsnews-
 
 
 

No comments:
Post a Comment