Sunday, February 6, 2011

Perkembangan Terkini Pelajar Malaysia Di Mesir


SHAH ALAM, 6 FEB: Meskipun kini ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berkampung di Pusat Transit Madinatul Hujaj, namun masih ada sebilangan yang berada di bumi bergolak tersebut.Operasi memindahkan mereka untuk ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj di Jeddah dijangka berakhir hari ini.


Menurut pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan, kumpulan pertama penerbangan dari Jeddah, Arab Saudi telahpun sampai di KLIA tengah hari tadi, termasuk pelajar dari Selangor.


"Alhamdulillah tadi dah selamat sampai penerbangan Malaysia Airlines daripada kerajaan,kemudian ada tiga keluarga dari Selangor, dan Alhamdulillah kita dah jumpa ketiga-tiga keluarga tersebut termasuk seorang yang retak kakinya" jelas Mohd Firdaus.


Beliau juga memaklumkan, penerbangan seterusnya dari Jeddah dijangka berlepas pada esok (Isnin) hari.


"Perkembangan seterusnya, kita diberitahu oleh pihak Jeddah, penerbangan kecemasan dari Jeddah yang akan datang ini pada esok hari " ujarnya lagi.


Namun setakat ini, jumlah bilangan pelajar yang belum dikeluarkan dari Mesir belum dapat dipastikan.


" Bilangannya kita tak dapat pastikan, tetapi ahli biasa semuanya dah bertolak ke Jeddah, Cuma tinggal lagi ahli jawatankuasa bertindak. Yang itu dikhabarkan akan
bertolak ke Jeddah hari ini. Bila masanya tak dapat dipastikan lagi." Jelasnya mengakhiri perbualan.


Sementara itu seramai 4,733 rakyat serta penuntutMalaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir yang sedangbergolak ke Jeddah menerusi Ops Piramid.


Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama, setakat pukul 10 pagi tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat C-130 berjaya memindahkan 1,808 orang,tiga pesawat MAS (1,791) dan dua pesawat Air Asia (1,134).


Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.
-tvsnews-

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails