Tuesday, June 28, 2011

BERSIH 2.0 - WUJUDKAN ZON PENAMPAN, ELAK PERTEMBUNGAN

Bersih 2.0 tuntut pilihanraya yang adil

27 Rejab 1432 H | 28 Jun 2011

“Tindakan polis kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak puas hati dengan SPR, akan bertukar kepada polis,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan dengan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju bersih atau menjual baju bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihanraya. Seharusnya pihak polis melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.


“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapa tidak di Bersih 2.0?

“Kalau polis gagal mewujudkan 'buffer zone' maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails