Sunday, June 26, 2011

POLIS MALAYSIA PANDAI BACA 'JAWI'... FUYYO...


Pehhhh... Polis Malaysia pandai baca jawi.... tak sia2 harakah buat ruangan jawi.... terpakse la puak-puak nie belajar baca jawi sebab nak tau ape yg ditulis dalam harakah....
Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis “Bersih 2.0” dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan 9 Julai ini.

“Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal,” katanya dipetik Bernama Online.

Amiruddin berkata kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails