Thursday, June 30, 2011

Ceramah PAS kecoh semalam


Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam tadi.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscated
Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscated
Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.
Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscated
Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails