Friday, June 17, 2011

Haha..Menteri Pertahanan pun tak dapat bertahan>>Anonymous lakukan serangan biadab



KUALA LUMPUR – Tindakan satu kumpulan penggodam yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous menyerang laman-laman web kerajaan bermula malam kelmarin adalah satu tindakan yang amat tidak beretika dan biadab.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, serangan-serangan dari penggodam ini bukanlah sesuatu yang baru dan setiap laman web kerajaan memang mempunyai sistem pertahanan untuk menentang serangan penggodam ini.

Namun katanya, jika keadaan ini berterusan, ia dibimbangi akan membawa kepada satu fenomena yang tidak sihat kerana serangan ini boleh terjadi bila-bila masa dan mungkin menjadi tidak terkawal.

“Apa pun yang terjadi, kita akan ambil tindakan agar sebarang maklumat itu dapat dipertahankan dari sebarang kebocoran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai negara berkebajikan yang diumumkan Pas, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan konsep tersebut memang sudah dibawa oleh Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu.

Katanya, Pas seharusnya kekal dengan slogan asal iaitu ‘Islam untuk semua’, ‘membangun bersama Islam’ dan ‘membina negara Islam’ kerana itulah yang diperjuangkan parti tersebut selama ini.

“Negara berkebajikan tidak asing untuk negara ini kerana Pas terlambat untuk mempromosikannya, mereka patut mencari ‘tagline’ lain. Jika mereka teruskan slogan ini maka Pas amat lari dari perjuangan asal mereka,” katanya.

sinar harian

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails