Thursday, June 23, 2011

Rahsia tempat berlangsungnya World Islamic Economic Forum (WIEF) - Astana


Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.


Astana, Kazakhstan
The Pyramid of Peace
82673az_foster_astana
Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia". Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari. Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini.

Bentuk piramid

"Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea"
-Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages


250px-usa_great_seal_reverse
Novus Ordo Seclorum = New Order untuk Zaman
Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai. Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden. Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia. Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order. Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini.


Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.





Opera House (Basement)


Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.

Underground Opera House

Walaupun gelap, imej besar matahari merangkumi hampir keseluruhan ruangan siling.

Bahagian Tengah
Mengelilingi Meja Matahari

Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini. Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai 'Zaman Baru' yang akan datang. Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.


Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.

palace_of_peace_6
Mesyuarat Antara Agama

Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.

Puncak Piramid

Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order. Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia.


Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah)
Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari

Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.


800fosterspyramid
Piramid yang dibahagikan kepada 3 bahagian

Setelah kita jelajahi Piramid ini, ia lebih dari sekadar menjadi tarikan pelancong seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Seperti yang dikatakan oleh Dan Cruikshanks di dalam dokumentarinya, Astana adalah "mewakili kuasa yang akan datang".
Bayterek
Bayterek ini juga direka oleh arkitek terkenal British Sir Norman Foster, monumen ini dibina berdasarkan cerita dongeng mengenai kehidupan sebatang pokok misteri dan burung ajaib kebahagiaan. Burung di dalam kisah ini dinamakan Samruk, telah meletakkan telurnya di antara celah dua cabang pokok itu. Telur itu diwakili oleh Golden Globe yang diletakkan di atas monumen Bayterek itu. Konsep ini sekali lagi menggambarkan Matahari sebagai Dewa Tertinggi.


"pokok kehidupan" ini, merupakan saluran di mana roh pergi meninggalkan dunia material dan memasuki dunia ketuhanan.


Di dalam Golden Globe


Pelawat boleh pergi di bahagian atas menara dan melihat pemandangan indah bandar Nazarbayev. Tetapi terdapat juga beberapa objek pelik yang hadir di sini.
99_big
Di dalam Golden Globe, kita akan menemui "objek" yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya ​​tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.
marsstartwy8
Bata Composition



Bata Composition adalah Globe yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.


Pilar Masonic



Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonic?
Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah "Menerima Misi Freemason ini".
Kediaman Presiden

Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk 'lelaki'. Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.
Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)


Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.


Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.

Akan Datang di Astana


Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.


Central Market

Direka oleh Norman Foster.

Crazy Towers (bukan nama rasmi)


All-Seeing Eye Stadium (bukan nama rasmi)

Kesimpulan


Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini. Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari.
Manley P. Hall menulis pada 1918

"Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.


Kedengaran amat baik bukan?

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails