Saturday, June 18, 2011

TUBUH LEMBAGA PENGAWASAN SYARIAH KAWAL MEDIA

17 Rejab 1432 H | 18 Jun 2011
PAS menyarankan kerajaan menubuhkan satu panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam. Ini berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Dialog : “Peralatan itu tak boleh jadi saksi,
sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata!
Dia hanya Besi.”
menghina hukum Islam dan
menimbulkan kekeliruan umat Islam
Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal. Setiap bahan penyiaran perlu disaring kerana ianya mempunyai kesan langsung kepada rakyat.

Mutakhir ini pelbagai penulisan yang bersifat kontroversi, menjejas perpaduan masyarakat dan kaum, dan menggugat akidah seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tiada langsung kawalan kepada etika dan tanggungjawab sosial terhadap pemberitaan.
Berkaitan isu penyiaran karikatur di Utusan Malaysia yang menghina Islam, saya menasihatkan pelukis karikatur dan editor Utusan Malaysia yang terlibat untuk meminta maaf dengan kadar segera.

Kesilapan mereka boleh dianggap sebagai satu penghinaan besar kepada hukum syarak dan juga telah mengelirukan orang ramai mengenai ajaran Islam yang sebenar dalam isu rogol.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails