Thursday, June 23, 2011

Karikatur: Utusan enggan minta maaf, Pemuda PAS anjur demo esok

KUALA LUMPUR, — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “keras kepala” kerana enggan membuat permohonan maaf secara terbuka khttp://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2011/03/Nasrudin-Hassan-Tantawi-254x300.jpgepada umat Islam ekoran tindakannya menyiarkan karikatur didakwa menghina agama Islam, 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Nasrudin Hasan , pihaknya kesal dengan tindakan akhbar milik Umno itu kerana mengambil pendirian seolah-olah “tidak bersalah” dalam perkara tersebut.



Tegas beliau, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat kelmarin dan pihaknya akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara esok.

“Sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa pemohonan maaf daripada Utusan Malaysia dan kita kesal dan kecewa dengan keangkuhan yang ditunjukkan Utusan Malaysia seolah-olah mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

“Melihat tindakan Utusan Malaysia ini saya percaya rakyat boleh menilai bagaimana media ini berperanan dengan mewujudkan banyak kekeliruan sama ada dalam hal agama atau perkauman.

“Oleh itu, kami akan mengadakan demonstrasi di setiap negeri bagi menunjukkan sikap dan pendirian kami dalam hal ini yang mana Utusan Malaysia ini angkuh, degil dan keras kepala,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Kata Nasrudin, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS setiap negeri untuk mengadakan demonstrasi esok.

“Kita akan adakan demonstrasi ini selepas solat Jumaat dan saya akan arahkan Dewan Pemuda PAS negeri untuk turun bagi mengatakan pendirian kita.

“Kita tidak akan jumpa lagi Utusan Malaysia, kita telah jalankan tanggungjawab kita... lagipun buang masa sahaja kalau jumpa Utusan Malaysia, mereka tetap begitu,” katanya.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka.M/I

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails