Tuesday, June 21, 2011

Budak mangsa serangan Nato





TRIPOLI - Dua orang kanak-kanak antara tujuh orang awam di yang terbunuh di timur Tripoli dalam serangan udara terbaru dilancarkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), semalam.

Menteri Luar Negeri, Khaled Kaim berkata, serangan Nato kali ini seakan sengaja menyasarkan kawasan kediaman penduduk, sekali gus ia turut membuktikan kekejaman kuasa Barat itu kini sudah tersasar daripada matlamat asal mereka.

Seramai lima keluarga dipercayai tinggal di bangunan yang terletak di kawasan kejiranan Souq al-Juma itu, iaitu sebuah kubu kuat pemberontak anti-Gaddafi.

Kejadian serangan terbaru tersebut bakal menjadi tamparan hebat kerana sebelum ini Nato mendakwa tujuan operasi mereka di negara itu kononnya adalah untuk melindungi orang awam.

Nato bertindak biadap dengan melancarkan serangan dalam tempoh 24 jam selepas kerajaan Libya menuduh kuasa Barat tersebut kini menyasarkan kediaman awam dan bukan hanya tempat kemudahan tentera.

Terdahulu, Nato mengumumkan mereka akan melanjutkan tempoh operasi memerangi kemaraan pasukan barisan pertahanan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kepada 90 hari iaitu sehingga September depan.

SH

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails