Sunday, February 28, 2010

Sambutan Maulid Nabi di Surau Abi Padang Machang,Perlis bersama Syeikh Aminuddin bin Abdul Rahim (Ahli Majlis Fatwa Kedah & Pensyarah KUIN)









Syafiah alami kecederaan parah....Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak..!!! Hasil didikan dan budaya Melayu sejak dahulu lagi...Hidup Melayu..!!!

Syafiah alami kecederaan parah

HULU SELANGOR 27 Feb. - Betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal, kelmarin.

Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.

Hari ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.

"Terdapat kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.

"Kesan lebam turut dikesan di bahagian belakang tubuh mangsa selain di leher, pipi dan bahunya," katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu di sini hari ini.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh teman lelaki ibunya, mendakwa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak

HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.

Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.

Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.

Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.

Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.

"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.

"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.

klik

Maulidur-Rasul, Amalkan Setiap Hari Dan Sepanjang Tahun

Firman Allah SWT:

“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

(Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah SWT. Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah saw adalah untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan Maulidur-Rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja. Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah saw.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.

Dalam hal ini, Rasulullah saw yang juga sebagai seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.

Itulah misi kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.

Semoga Allah SWT memberikan kita ganjaran di atas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur-Rasul 1431H.

Saturday, February 27, 2010

Scomi Marine kerugian RM61.56 juta



KUALA LUMPUR 26 Feb. - Scomi Marine Bhd. telah mencatatkan kerugian sebelum cukai RM61.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, berbanding keuntungan sebelum cukai RM78.018 juta dalam tahun sebelumnya.

Pendapatan merosot 4.0 peratus kepada RM448.3 juta daripada RM467.058 juta sebelumnya, kata syarikat dalam kenyataannya di sini hari ini.

Scomi Marine berkata, pendapatan yang menurun itu terutamanya disebabkan oleh daya muatan arang batu yang rendah yang diangkut untuk pengguna Indonesia memandangkan separuh pertama telah terjejas oleh permintaan yang lembap tetapi kembali pulih dalam separuh kedua.

Meskipun dengan pendapatan yang rendah, margin keuntungan kasar meningkat kepada 28 peratus dalam tahun 2009 daripada 19.6 peratus dalam tahun sebelumnya, katanya yang mengaitkan peningkatan ini kepada kos pengurusan keseluruhan yang lebih baik.

"Daripada perkara-perkara penting ini, perbelanjaan bunker turun ekoran pengurangan dalam penggunaan dan harga komoditi. Perbelanjaan 'melabuh' (docking) juga rendah kerana kami memanfaatkan srategi kapal dok secara tempatan di Indonesia," kata presiden Scomi Marine, Mukhnizam Mahmud.

"Dengan mengambil pandangan jangka panjang di sektor-sektor yang kami beroperasi, fundamental untuk kedua-dua sektor arang batu dan minyak dan gas luar pesisir kekal tidak berubah sekali gus memberikan keyakinan kepada syarikat," kata beliau.

Mukhnizam berkata, permintaan global untuk arang batu dijangka kukuh dengan Indonesia terus menjadi pengeluar dan pengeksport utama arang batu.

"Kedua-dua Indonesia dan India akan menyaksikan peningkatan dalam penjanaan elektrik menerusi loji kuasa arang batu yang telah dirancang dan dibina dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini," kata beliau.

Menurut Mukhnizam, ini memberikan peluang untuk syarikat dalam usaha mengembangkan pasarannya dalam logistik arang batu.

Mukhnizam juga berkata, aktiviti cari gali dan pengeluaran untuk sektor minyak dan gas di sekitar rantau ini terus mendesak permintaan untuk kapal tetapi penghantaran kapal-kapal baharu dalam tempoh dua tahun akan datang juga boleh memberikan tekanan ke atas kadar.

Bagaimanapun, syarikat menjangkakan kadar carter akan kekal stabil di rantau ini pada tahun 2010, kata beliau.

Friday, February 26, 2010

Apa masalah dengan hukuman sebat secara Islam?

Sebat dalam Islam

Pandangan demi pandangan telah pun diutarakan pelbagai pihak dalam mematangkan hujah bahawa perlunya ada pembaharuan terhadap sistem penghukuman kesalahan-kesalahan jenayah sedia ada.

Polemik terbaru rancak diperbahaskan adalah berkenaan dengan hukuman sebat yang telah pun dijalankan ke atas tiga pesalah wanita salah laku seks haram baru-baru ini.

Terdapat dua andaian yang boleh disimpulkan menerusi tindakan terbaru Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pertama, beliau mahu mengubah imej kerajaan di mata rakyat, bahawa kerajaan juga amat menitik beratkan dasar-dasar agama dalam pemerintahan.

Seperti mana telah ditonjolkan menerusi perjuangan isu Allah dan Maulidur Rasul. Ia adalah berkenaan rentetan pembaharuan imej perjuangan UMNO, iaitu ke arah bersifat lebih keagamaan berbanding sebelumnya.

Kedua, sengaja diuar-uarkan hukuman ini, adalah umpama satu plot untuk mendapatkan maklum balas rakyat sebenar perihal sensitiviti hukuman sebat ke atas wanita sebelum ia benar-benar dilaksanakan ke atas Kartika.

Sebagai satu eksperimen Sister In Islam, menjuarai hal ini dalam memberi jawapan balas, di mana jawapannya bersifat lebih kepada menentang. Beberapa NGO kemudiannya memberi jawapan sokongan terhadap perkara tersebut di mana ia dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengangkat kembali martabat mahkamah syariah biarpun hukuman sebatan yang dilaksanakan tidak lagi bersifat syarie sepenuhnya. Namun, ia adalah permulaan yang menyenangkan.

Menyelusuri hal ini, Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) memuji keberanian Kementerian Dalam Negeri. Bagaimanapun, pandangan-pandangan pihak yang salah faham mengenai konsep sebatan berpaksikan hukum syariah ini terutama di kalangan bukan Islam tidak wajar dilepas pandang. Tohmahan bahawa ia seolah-olah mengembalikan Malaysia ke zaman kelam di bawah kongkongan agama yang mundur seperti mana zaman Eropah suatu ketika dahulu wajar diberi pencerahan kefahaman melalui dialog terbuka.

Pihak kementerian juga disaran melakukan penyelidikan baik daripada aspek sains dan sosial dengan lebih mendalam lagi berkenaan sebat syariah demi memperkemaskan hujah untuk meyakinkan umum akan kesan kebaikan yang bakal dinikmati menerusi hukuman ini sama ada oleh pelaku jenayahnya mahupun komuniti masyarakat amnya.

Sebagai contoh, merujuk laporan Malaysiakini, satu kumpulan penyelidik di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia yang diketuai oleh pakar biologi Dr. Sergei Speransky menemui kaedah baru (baca: lama) merawat ketagihan alkohol dan kegundahan melampau melalui sebatan sebagaimana yang pernah dikuatkuasakan di sekolah Britain pada kurun sebelumnya dan mengesyorkan sesi terapi 30 sesi membabitkan 60 kali sebatan pada punggung seseorang berbadan sederhana.

Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di punggung mampu merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi dalam badan manusia, Endorpin yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan ketagihan arak, dadah dan rokok.

Kepadatan penjenayah yang melampau iaitu 34,060 di dalam 31 penjara seluruh Malaysia telah menyebabkan pihak KDN juga terpaksa memikirkan bebanan baru iaitu berkenaan penempatan mereka. Statistik jenayah dan gejala sosial pula memperlihatkan pertumbuhan kadar jenayah tidak pernah susut.

Intipati yang dapat dirumuskan di sini adalah, masalah penempatan hanyalah presented-problem tetapi isu sebenar di sini adalah mengapa hukuman berteraskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada tidak mampu untuk memberi kesan kesedaran dan keinsafan kepada orang lain agar tidak turut melakukan jenayah yang sama?

Di sini letaknya kepada keperluan penyemakan semula hukuman dalam peruntukan undang-undang sivil sedia ada dan perlunya kepada keterbukaan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih positif mengenai hukum sebatan dan hukum hudud lainnya di mana selama ini mereka hanya beriman dengan teori negatif yang terawang-awang tanpa pernah berani untuk bereksperimentasi!


Oleh NUR AZLIN MOHAMAD ARIF



Sejarah Yan Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

12 Rabiul Awal 1431H.
http://kraiutara.blogspot.com

Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Satu Konspirasi
hijabulcrewz.blogspot.com

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Jadi, semua rakyat Malaysia boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya.

Sekian.

Thursday, February 25, 2010

Siri 1: Terbang ke Bandung,Indonesia

Bandar Bandung yang kami bakal singgah.


Menaiki Pesawat Air Asia dari KL ke Bandung,Indonesia mengambil masa 2 jam 5 minit.


Pemandangan dari atas kapal terbang.

Membelah awan mulus


Perjalanan pertama selepas sampai ke Lapangan Terbang Husin Sateranegra adalah singgah di ladang kelichi.


Saudara Mohd Fikah pelajar dari UKM dalam bidang undang-undang sedang mencuit-cuit si kelichi.


Suasana di atas puncak Tangkubah Perahu.


Sebaik sahaja turun dari Apansa kami di serbu oleh peniaga-peniaga.Namun saya dapat meloloskan diri seketika


Mohd Ghaus pelajar dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Komputer sedang mengambil gambar kawah yang dalam ke bawah.


Ambil gambar elok-elok,jangan sampai tergelincir pulak ya.


Inilah kawah yang terbentuk dar proses luluhawa,kelihatan ahli geologi Indonesia sedang membuat kajian di bawah sana.

Siri 1: Terbang ke Bandung

BIG MAMA...

isu Anwar: Polis Mula ‘Hasut’ Pemimpin Pakatan

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat menjadi sasaran polis kerana menjawab pertuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat oleh polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang bulan lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh rakan setugas mereka pada 8 Februari lalu.

“Bagi saya tindakan seperti ini adalah cubaan untuk mengugut, dalam cubaan untuk menghentikan saya, YB Salahuddin dan rakan-rakan lain berceramah kepada orang ramai dan menyentuh isu-isu penting seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar, seperti kes Altantuyaa dan beberapa isu penting lain dan amalan rasuah,” katanya.

Menurut Sivarasa beliau disoal siasat kerana menyentuh perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pelbagai pihak mempersoalkan keperluan pertuduhan itu diteruskan apabila laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari Azlan di liwat.

“Telah bertanya kepada pihak polis, apakah kesalahan yang kononnya disiasat, jawapan yang diberi ialah kandungan ceramah kami adalah dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan. Jadi nampaknya macam biasalah, mereka telah rekodkan keterangan dan buat siasatan,”katanya.

Sivarasa mencabar polis supaya membuktikan ucapan beliau adalah kesalahan undang-undang dan membidas taktik untuk menyoal siasat beliau.

“Bagi saya kalau mereka anggap ada satu kesalahan, tidak ada halangan, mereka boleh tuduh terus. lagipun mereka ada rakaman dan mereka sudah ada saksi mereka, tidak perlu hendak ambil keterangan, kalau dianggap salah, cajlah,” katanya.

Salahuddin pula menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

“Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan,” katanya.

Salahuddin menambah, siasatan yang dibuat ke atas beliau bukan sahaja menjurus kepada ceramah umumnya berhubung perbicaraan Anwar namun ia turut melibatkan isu penggunaan kalimah Allah yang disampaikannya.

“Demikian juga pada saya, isu-isu penggunaan kalimah Allah juga mereka cuba sabitkan juga dengan akta hasutan. saya rasa ini cukup merbahaya bagi mereka dan kerana mereka telah terperangkap dengan isu ini, menggunakan isu kalimah Allah ini dalam ceramah PAS juga boleh diambil tindakan dalam Akta Hasutan,” katanya. -TVS

TOLAK UMNO


Menurut Najib , Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap BN. Ooooo tempat mengaut keuntungan rupanya.

Berebut pembaca Melayu


Perebutan pembaca akhbar berbahasa Malaysia dijangka bertambah sengit tidak lama lagi dengan pengumuman syarikat penerbitan akhbar The Star mengenai pelancaran akhbar berbahasa Malaysianya yang akan muncul di pasaran, yang ketika ini dikuasai oleh Kumpulan Utusan Melayu dan New Straits Times Press (NSTP).

Akhbar baru yang dikenali sebagai Mingguan Star itu pada peringkat permulaan akan diedar secara percuma buat pembaca di Lembah Klang, bagi setiap pembelian akhbar Sunday Star.

Akhbar itu akan mulai diedarkan Ahad ini untuk bersaing dengan akhbar sedia ada seperti Harian Metro (edaran harian berjumlah 338,552) dan Kosmo (edaran harian 129,633).

Satu fakta menarik ialah Harian Metro ketika ini merupakan akhbar kedua paling ramai pembaca di Malaysia dengan edaran hariannya melepasi jumlah edaran harian akhbar The Star yang kini berjumlah 295,479.

Beberapa penganalisis media berkata pelancaran akhbar harian yang baru itu dilihat lebih kepada satu projek percubaan oleh penerbitnya, dan sekiranya ia diterima dengan baik, barulah ia akan dijual berasingan pada masa akan datang.

Ia merupakan strategi sama yang digunakan oleh naskah mingguan The Edge yang menyertakan naskah Personal Money sebagai sisipan pada awal penerbitan, sebelum ia dijual berasingan kemudiannya.

Timbalan pengarah Star Publications (M) Bhd Datuk Clement Hii semasa merujuk kepada penerbitan akhbar itu, tidak menolak kemungkinan Mingguan Star akan dijadikan sebagai akhbar harian 'sekiranya ia mendapat respons baik'.

Sama ada akhbar mingguan atau harian, pemerhati industri percaya Mingguan Star akan memberi saingan hebat kepada Kumpulan Utusan Melayu, NSTP, dan juga lain-lain akhbar berbahasa Malaysia, walaupun semasa pasaran ketika ini sudah dipenuhi dengan banyak pilihan akhbar yang ditawarkan, pendapatan hasil iklan pula dilihat semakin lembap dan jumlah edaran semakin merosot.

Oleh kerana pada peringkat permulaan edarannya adalah percuma, beberapa penganalisis percaya pihak yang berpotensi mengalami kerugian mungkin harian Metro terbitan NSTP, dan Kosmo terbitan Utusan.

Memang diketahui umum bahawa Star publication sentiasa berhasrat menerbitkan sebuah akhbar berbahasa Malaysia dan berjaya membawa masuk beberapa nama besar dalam arena kewartawanan seperti Allahyarham Tan Sri Samad Ismail dan Samani Amin ke dalam syarikatnya untuk menjayakan hasrat itu.

Syarikat itu mula menimbang idea pelaksanaan akhbar tersebut sejak tahun 1980-an, dan walaupun ia mendapat lesen bagi penerbitan sebuah akhbar berbahasa Malaysia, rancangan itu tidak dilaksanakan.

Promosi, pengiklanan dan pegawai-pegawai pemasaran berkata statistik mereka menunjukkan bahawa 35 peratus daripada pembaca akhbar The Star yang berjumlah 1.5 juta adalah dari kalangan kaum Melayu.

Pembaca dari kalangan kaum Melayu dilihat bertambah dengan pantas, selaras dengan populasi dalam negara yang meningkat, dan dengan perkembangan ini penerbitan Mingguan Star pasti dilihat sebagai 'sesuatu yang logik'.

Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa Mingguan Star sedang berusaha menjadi lidah utama kepada "suara rakyat Malaysia", memandangkan kebanyakan akhbar berbahasa Malaysia kini dilihat terlalu 'bersifat Melayu'.

Mingguan Star dilihat cuba mensasarkan pembaca yang tinggal di kawasan perbandaran yang pesat membangun termasuk sekitar Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail.

Rata-rata tenaga wartawan yang ditugaskan untuk menghasilkan Mingguan Star dikatakan datang dari portal MStar, yang merupakan unit Bahasa Malaysia bagi The Star yang direka khusus untuk pembaca dari kalangan kaum Melayu yang semakin meningkat.

Akhbar itu akan diterajui oleh pengarang bersekutu Star Rozaid Rahman, seorang bekas wartawan Kumpulan Utusan.


KL pos

17 mayat ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Bandung


JAKARTA 24 Feb. – Pasukan mencari dan menyelamat sudah menjumpai 17 mayat daripada kira-kira 70 orang yang dilaporkan hilang selepas 50 buah rumah dan sebuah kilang teh tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kebun teh Desa Tenjolaya, Pasirjambu, Bandung sejak pagi semalam.

Identiti 15 daripada mayat itu telah dikenal pasti dan sebahagian daripada mereka sudahpun dikebumikan di sekitar kawasan desa itu.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Dr. Priyadi Kardono berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dihentikan beberapa jam sejak pukul 11 pagi ini kerana hujan lebat dan keadaan itu dikhuatiri akan menyebabkan berlaku lagi tanah runtuh di kawasan itu.

Mangsa-mangsa yang terselamat, yang berjumlah ratusan orang, kini ditempatkan sementara di khemah-khemah atau menumpang di rumah penduduk di kawasan yang berjauhan dari tempat kejadian.

Sementara itu, senarai mangsa yang dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu telah dikurangkan kepada 29 orang daripada 38 orang sebelum ini setelah didapati ada pertindihan nama.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih percaya bahawa mangsa yang hilang dalam kejadian itu mencapai angka 70 orang.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada kira-kira pukul 8 pagi semalam dan pihak berkuasa hanya mengetahui mengenainya tujuh setengah jam selepas ia berlaku.

Desa Tenjolaya terletak kira-kira tujuh jam perjalanan berkereta dari Jakarta. – Bernama

Sunday, February 21, 2010

SINGAPORE

Suasana Singapore sekarang


Kasino yang bakan siap dan akan menjadi kasino termahal di dunia mengalahkan kasino di Las Vegas


Pembangunan di atas air


Bangunan berbentuk mickrofon


Mahkamah Tinggi Singapore berbentuk UFO


The merlion


China Town


Ini lah pit stop F1,litarnya berada di bawah jalan ini


Terntinggi di Asia,ke-2 di dunia


Bandar terbersih di Asean dan ke-6 termaju di di dunia


Bugis street


Suasana di dalam Bugis Street terdapat 600 kedai


Solat jamak di Masjid Sultan,Kg Glam


Pelabuhan termaju di dunia mengalahkan pelabuhan di Rotterdam,Belanda.Pelabuhan Tanjung Pelepas di bina adalah untuk menyaingi pelabuhan Singapore ini.


Ini lah orang Melayu Singapore


Pantainya bersih ,sebilangan besar di tambak lautnya


Melihat suasana pelabuhan dari atas


Selat paling sibuk di dunia


Semasa berada di atas angin

Sebuah konspirasi

Walaupun sudah 3 minggu pilihanraya kampus berlalu namun kredibiliti JKP dalam menguruskan PRK masih dipersoalkan. 7 orang calon umum yang telah diisytiharkan menang tetapi dibatalkan kemenangan dan 7 lagi calon umum yang telah diisytiharkan kalah tetapi dibatalkan pencalonan atas sebab yang tidak berasas masih menjadi tanda tanya dalam kalangan mahasiswa. Persoalannya di sini jika benar pembatalan calon disebabkan berkempen menggunakan facebook mengapakah calon-calon fakulti tidak dibatalkan pencalonan walhal semua calon-calon Pro Mahasiswa terlibat dengan kempen menggunakan facebook? BHEP seolah olah menafikan hak mahasiswa untuk mengetahui kebenaran apabila tidak menjelaskan kerelevenan pembatalan calon-calon tersebut. Dikhuatiri pembatalan semua calon bebas merupakan satu usaha untuk memenangkan calon tajaan pihak BHEP.

Berikut merupakan senarai calon-calon kerusi umum dan jumlah undian mereka pada PRK dalam lepas:

SENARAI CALON KERUSI UMUM Jumlah undian
1.Nurul Raihan Abu Samah 7855
2. Muhammad Hazim Mohd Noh 6924
3.Zulfahmi Ahmad Saibi 6805
4.Cheah Chee Loung 6758
5.Syed Muhammad Adam Syd Abdul Rahman 6697
6.Nik Nurul Nadiatulakma Nik Rahimi 6411
7.Amirul Rahman Mohd Khozam 6433
8.Mohammad Rafi Abu Bakar 6058
9.Siti Hajar Zulqarnain 6003
10. Mohamad Hanif Mat Radzi 5982
11. Siti Fatimah Md Akhir 5938
12. Mohd Firdaus Zainor Abidin 5933
13. Mohd Fazhil Abdul Razak 5753
14. Azlinda Abdullah 5691
15. Nurul Hanisah M. Yunus 5610
16. Koh Joo Fong 5522
17. Pang Ping Fen 5477
18. Rozalina Kasim 5449
19. Adibah ’Aini Anuar 5408
20. Siti Aisah Atan 5346
21. Muhammad Zulkhari Dzulkipli 5341
22. Hanita Hanim Mohd Ali 5150
23. Wong Swee Nee 5055
24. Low Yak Leng 4926
25. Noor Azizah Abu Samah 4912
26. Anas Abu Hasan 4910
27. Cecilia Evelyn Cornelius 4772
28. Hidayatul Adawiyah Kamarudin 4768
29. Siti Syaza Syahirah Mohd Razali 4679
30. Abdul Hadi Samsi 4572
31. ’Aqilah Mukhtar 4364
32. Ayapan A/L Palaniaandy 4347
33. Mohd Fizwadie Sauji @Mohd Wahi 4299
34. Nor Amalena Jusoh 4168
35. Athirah Aziz 4149
36. Ahmad Farhan Hadtimin 4072
37. Muhammad Syafiq Shahizan 4020
38. ’Amirah Ahmad Roslan 3874
39. Umi Zahirah Mohd Mohaiyidin 3836
40. Thiruchelvam A/L Paneerselvam 3747
41. Safarina Jaafar 3690

*Nama yang di bold adalah calon Pro Mahasiswa yang dibatalkan kemenangan

* Nama yang berwarna biru adalah calon Pro Mahasiswa yang dibatalkan pencalonan

*Nama yang berwarna merah adalah calon tajaan BHEP yang dinaikkan

Antara persoalan yang timbul:

1) Bantahan yang dibuat oleh pihak JKP ke atas calon adalah tidak berasas tanpa sandaran yang kukuh

2) Terdapat percanggahan maklumat jumlah undi pada hari pengiraan undi dan pengisytiharan keputusan PRK. Ini menunjukkan e-voting telah dimanipulasi.

3) Calon umum yang menang dibatalkan kemenangan tanpa asas dan tanpa penyiasatan berdasarkan bukti yang jelas

4) Calon umum yang kalah dibatalkan pencalonan tanpa asas dan tanpa penyiasatan berdasarkan bukti yang jelas

5) Calon-calon yang bertanding atas tiket fakulti tidak dibatalkan kemenangan dan pencalonan walhal mereka juga berkempen menggunakan facebook

6) Urusan rasmi dan pemberitahuan dimaklumkan kepada calon melalui telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS)

Peraturan PRK menyatakan bahawa calon, pencadang dan mana-mana pelajar tidak dibenarkan berkempen menggunakan media eletronik. Tugas JKP di sini seharusnya mewar-warkan peraturan yang diperkenalkan kepada semua pelajar. Namun di mana kesungguhan JKP menjalankan tugasnya untuk memberitahu peraturan PRK kepada semua pelajar? Analogi mudah ialah apabila kerajaan ingin memperkenalkan satu undang-undang baru,undang-undang tersebut hanya diperkenalkan kepada polis tetapi tidak kepada rakyat. Persoalannya wajarkah undang-undang itu diiktiraf sebagai satu undang-undang yang sah sedangkan rakyat tidak dimaklumkan mengenai undang-undang tersebut? Wajarkah rakyat dihukum kesalahannya walhal tidak mengetahui undang-undang yang ditetapkan? Logikkah dalam masa 2 hari calon-calon dan pencadang memberitahu kepada semua pelajar UPM yang berjumlah hampir 20,000 orang untuk tidak berkempen untuk mereka?

Sebelum ini,kredibiliti JKP dalam pilihanraya kampus banyak dipersoal seperti dikriminasi calon-calon Pro Mahasiswa sewaktu pendaftaran penamaan calon,penafian hak pencadang untuk berada di kawasan pengisytiharaan keputusan PRK dan percanggahan maklumat jumlah undian rasmi dan tak rasmi.

UPM

SAYA MAHU KERAJAAN MALAYSIA LAKSANAKAN HUKUM HUDUD


perbezaan filem malaysia dan filem indonesia..

yg tu lulus yang ni x lulus..

sepatutnya malaysia mencontohi filem iran.. filem iran semuanya ada panduan islam.. dan filem iran byk dpt anugerah antarabangsa..

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails