Sudah lama sangat tidak menulis,terasa kaku dan beku fikiran ini.Al-maklumlah sibuk sangat kebelakangan ini.Pertama sibuk dengan tesis akhir dan mesyuarat di samping merancang satu perniagaan yang besar apabila menjadi graduan nanti.Sekarang dalam proses menyiapkan kertas kerja perniagaan rempah-ratus.Memerlukan kajian dan penyelidikan yang berterusan,al-maklumlah ingin menjadi usahawan.
Namun begitu,semangat ini perlu selari dengan agenda perjuangan,supaya kesibukkan ini tidak menghalang gerak kerja islam yang telah berjalan sebelum ini.Andai kata,semua ini menghalang gerak kerja islam,maka dahulukan gerak kerja perjuangan ini.Islam tidak akan menang dengan sumbangan,sebaliknya Islam tersebar dengan begitu luas hingga menguasai 2/3 dunia di sebabkan pergorbanan oleh Nabi kita dan para sahabat.Kisah Bilal yang di tindih dengan batu cukup memberi pengajaran yang besar kepada kekuatan Islam,lihat lah Bilal,beliau sanggup menahan kesakitan dan keperitan demi Islam yang tercinta,kenapa Bilal sanggup mempertahankan Islam sedemikian rupa?antara jawapan yang kita sama-sama boleh pelajari adalah Bilal tidak memiliki apa-apa harta duniawi,Bilal nak sayangkan duit dan harta kekayaan,semua itu Bilal tidak ada,Bilal nak sayangkan pangkat dan jawatan,itupun Bilal tidak ada.Maka di sekeliling sekujur tubuh Bilal semuanya tidak membelit tubuh Bilal.
Apa yang pasti,hari ini orang Islam di belit oleh duit,pangkat dan jawatan,maka apabila semua itu ada di sekeliling tubuh,perjuangan untuk Islam tidak berlaku dalam bentuk pergorbanan sebaliknya berlaku dalam bentuk sumbangan semata-mata.Ada di kalangan pensyarah masih takut-takut (takut ada juga manfaatnya,tetapi orang penakut tiada guna) untuk menghadiri program-program jemaah di luar,maka kesan daripada ketakutan melampau para pensyarah ini menyebabkan kesan yang besar kepada perjuangan mahasiswa di dalam kampus.Apabila mereka di panggil untuk memberi ceramah mengenai jemaah,berlaku kecelaruan pandangan dan pendapat yang besar tentang jemaah kerana mereka tidak menguasai suasana sebenar apa yang berlaku dalam jemaah induk.Maka mahasiswa harus menilai dengan bijak pandangan dan kritikan daripada pensyarah-pensyarah.Kita tidak menafikan dari sudut ilmu mereka,namun ketidakbersamaam mereka sepenuhnya dengan jemaah menyebabkan mereka hanya membidas dari sudut ilmu semata-mata .
Lihat lah apa yang berlaku kepada jemaah kita sekarang ini yang teruk di pukul oleh mereka yang bergelar ahli akademik,walaupun mereka mempunyai fikrah jemaah,hakikatnya mereka membidas dan mengkritik sesuka hati mereka dan lebih di kesali seolah-olah mereka lah yang pandai memberi pandangan tentang cara-cara yang sepatutnya di lakukan dalam jemaah.Isu tentang J/K Disiplin yang masih terasa bingitnya telinga apabila yang mengkritik itu adalah daripada Exco pemuda sendiri lalu di tambah pula oleh bekas-bekas ADUN juga daripada jemaah kita,maka yang menjadi masalah adalah kepada jemaah ini,kesannya orang ramai mula meragui kepimpinan jemaah kita.
Apabila ada rasa tidak puas hati setiap keputusan yang telah di buat,maka masing-masing menyatakan nyalaan api kemarahan melalui blog peribadi.Akibatnya jemaah menjadi mangsa ketidakpuasan sesetengah blogger yang kononnya bergelar ustaz dan memiliki peminat tersendiri.
Bersambung...
11.34 am
No comments:
Post a Comment