Thursday, February 4, 2010

Iran lancar roket baru ke angkasa



GAMBAR stesen televisyen Press TV menunjukkan roket penyelidikan Kavoshgar 3 dilancarkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Iran semalam.


TEHERAN - Pemerintah Iran semalam mengumumkan kejayaan mereka melancarkan sebuah roket penyelidikan sepanjang tiga meter, Kavoshgar 3 ke angkasa lepas.

Roket tersebut membawa bersama seekor tikus, dua ekor penyu dan haiwan yang kelihatan seperti cacing. Presiden Mahmoud Ahmadinejad menganggap pelancaran itu membuktikan kemampuan Iran dalam persaingan teknologi dengan Barat.


GAMBAR stesen televisyen Press TV menunjukkan roket penyelidikan Kavoshgar 3 sebelum dilancarkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Iran semalam.


Menteri Pertahanan, Jeneral Ahmad Vahidi mengumumkan kejayaan itu yang merupakan sebahagian daripada impian besar program angkasa lepas Iran selepas berjaya menghantar satelit telekomunikasi buatan tempatan pertama ke orbit tahun lalu.

Program tersebut membimbangkan kuasa-kuasa Barat yang khuatir teknologi sama akan digunakan untuk membawa peluru ke beberapa buah negara tertentu.

Stesen milik negara menyiarkan beberapa imej yang menunjukkan anggota-anggota pihak berkuasa Iran memasukkan tikus, penyu dan haiwan seperti cacing ke dalam satu kapsul untuk diletakkan ke dalam sebuah roket sebelum ia dilancarkan ke angkasa lepas. - AP

Kosmo

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails