Wednesday, February 10, 2010

Toyota pikul tanggungjawab - Bina semula keyakinan selepas skandal penarikan balik kereta


WASHINGTON – Presiden Toyota, Akio Toyoda semalam berkata, beliau memikul tanggungjawab secara peribadi ekoran tindakan gergasi automotif dunia itu memanggil balik jutaan kereta buatan syarikat itu yang menghadapi masalah keselamatan.

Namun, dia berikrar untuk membina semula keyakinan Toyota selepas mengambil alih teraju setahun lalu dan bersedia mewujudkan satu pasukan baru jurutera di Amerika Syarikat (AS) bagi memperbaiki kawalan mutu dan keselamatan.

“Saya sudah melancarkan kajian semula dari peringkat atas hingga ke bawah bagi seluruh operasi kami di serata dunia untuk memastikan masalah terbesar dialami kini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam ruangan pendapat yang disiarkan akhbar Washington Post semalam.

Kata Toyoda, usaha drastik itu diharap bukan setakat memenuhi standard biasa tetapi jauh melepasi tahap keselamatan tertinggi yang selama ini berjaya meletakkan imej baik Toyota sepanjang 70 tahun.

“Sebagai sebahagian langkah itu, kami akan membentuk Pusat Kecemerlangan Kualiti Automotif di AS dengan sepasukan jurutera terbaik memberi tumpuan memperkuat pengurusan dan kawalan mutu di Amerika Utara,” katanya.

Toyoda memberi pandangan itu selepas syarikat itu memanggil semula 437,000 unit Prius dan model hibrid lain Toyota di pasaran dunia bagi membaik pulih kerosakan sistem brek, siri terbaru jutaan kenderaannya yang terpaksa ditarik balik.

“Saya berasa amat kesal dengan langkah memanggil balik itu dan memohon maaf.

“Sebagai Presiden Toyota, saya memikul tanggungjawab peribadi dan saya sendiri mengarahkan usaha membina semula keyakinan terhadap produk kami,” katanya.

Beliau berkata, dengan sejarah panjang syarikat itu yang sentiasa meletakkan keperluan pelanggan sebagai keutamaan, Toyota ternyata menanggung aib apabila gagal mematuhi standard tinggi ditetapkan sendiri ekoran kes terbaru kali ini.

“Kami mengambil tanggungjawab di atas kesilapan kami sendiri, belajar daripada kesilapan itu dan bertindak pantas bagi memenuhi keperluan pelanggan serta badan-badan penyelia bebas kerajaan lain,” kata Toyoda.

“Anda boleh melihat kesungguhan saya bahawa Toyota bakal sekali lagi bangkit semula tetapi prinsip terkuat yang memimpin kami sejak 50 tahun iaitu Toyota akan membina mutu tertinggi, paling selamat dan dipercayai di dunia,” katanya. – AFP


Komen: Kat sini ada sebiji lagi Toyota Zamry,rosak enjin baru je beli,bawak balik 'repare' dulu,lepas tu baru kita bincang lain na.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails