Monday, February 8, 2010

Siri 3: Rahsia gambar menarik? Ketahui asas fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Terima kasih kepada pembaca kerana terus setia bersama saya di ruangan ini.

Saya pasti anda sudah memahami apa fungsi 'shutter speed' dan 'Aperture' seperti yang saya terangkan pada siri pertama dan kedua sebelum ini.

Pada siri ketiga kali ini pula, kita akan cuba mengkaji bagaimana untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan memahami ISO.


3. Apa pula ISO?

Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA.

ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah.

Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan.

Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju.

Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200.

ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.



(Gambar: Contoh penggunaan ISO 100 Contoh penggunaan ISO 6400)

Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar).

Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan.

Sekian dahulu untuk kali ini, semoga bertemu dalam siri akan datang.

Selamat mencuba...


Harakah daily

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails