Monday, February 8, 2010

Universiti Malaysia Universiti Kartun!




Kami bersetuju dan mengiyakan kenyataan beberapa cerita lucu yang mungkin tidak masuk akal dalam menceritakan kisah pentadbiran kampus-kampus di Malaysia merangkumi aspek profesional, kecekapan pengurusan, pengamalan demokrasi, kedaulatan undang-undang serta nilai intelektual pengurusan dan paradigma pentadbiran.

Apapun, inilah universiti-universiti di Malaysia. Terimalah seadanya.

Beberapa konklusi berkenaan dengan pentadbiran universiti di Malaysia selepas beberapa drama 'lucu' ekoran pilihanraya kampus.

1. Tahap profesional pentadbiran universiti di Malaysia masih lagi ditahap rendah apabila gagal menjawab persoalan-persoalan kritikal tentang sistem pengundian, keputusan, ketelusan dan perjalanan pilihanraya kampus di Malaysia. Beberapa pengurusan kampus juga menyenaraihitamkan beberapa calon tanpa sebab yang tuntas dan manusabah.

2. Kecekapan pengurusan yang lemah apabila beberapa isu kelemahan sistem tidak dapat dikawal mahupun dibendung oleh pihak pengurusan.

3. Pengamalan demokrasi yang kontang apabila tidak membenarkan beberapa ahli akademik turun menyampaikan idea dan pandangan tentang demokrasi kampus, E-Voting dan pilihanraya.

4. Intelektual pegawai pengurusan masih ditahap lemah dan tidak terbuka apabila gagal meluluskan perjalanan kempen menggunakan medium terkini laman sosial 'Facebook' dan beberapa teknologi terkini yang lain.

5. Paradigma yang kurang matang apabila beberapa pak menteri menyifatkan mahasiswa 'tidak matang' dalam membangkang sistem pengundian tertentu tanpa menyiasat masalah sebenar yang berlaku semasa proses pengundian di kampus-kampus tertentu.

6.Ketidakfahaman dalam kedaulatan undang-undang apabila gagal berhadapan dengan dakwaan ketelusan, rasuah dan pelbagai dakwaan undang-undang serta memilih jalan 'mendiamkan diri' tanpa sebarang jawapan.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails