Sunday, February 21, 2010

Najib...

Statement PENUH Tuan Guru Haji Hadi , bukan statement sekerai pencacai Utusan meloya!

Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari
segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik,
khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak
kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak
mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang
lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas
dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya
beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini
ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf,
dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi,
yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang
yang beriman dan bertaqwa.



Dari segi campur tangan asing, saya sebagai
rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak
perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat,
negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada
tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya
merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang
tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur.
Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada
pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu
memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya
disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?


Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki,
mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul
krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu,
selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan.
Jika tidak, hilang kehebatan kita.

Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

Sistem
kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah
mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di
antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak
berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang
keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan
barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.

Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?


Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman
patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis
Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu
dipraktikkan dengan cara yang tepat.

Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

Itu
kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita
lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah
orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada
keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan
kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil
terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela
kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita
sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

Keaibannya
ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak
iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad
s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak
dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak
menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan
masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia
salah.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails