Monday, February 1, 2010

Pokok Karas

Fail:Pokok Karas.jpg

Pokok Karas ialah salah satu daripada lapan spesies dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk.

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20 meter tinggi. Daunnya yang berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 - 11 sentimeter panjang, dan 2 - 4 sentimeter lebar. Bunga Pokok Karas berwarna hijau-kuning, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5 - 3 sentimeter.

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Aras merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, dan dihargai dalam banyak budaya disebabkan kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.

Pengurangan Pokok Karas yang liar yang diakibatkan oleh penebangan sembarangan telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.


Komen: Gaharu di ambil di dalam batang pokok ini

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails