Alhamdulillah segala puji-pujian di panjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang dan masa untuk merasai nikmat Iman dan Islam.Tidak lupa juga untuk senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW bukti cinta dan rindu kita kepada baginda.
Terasa baru semalam meninggalkan Negeri Terengganu merantau ke Negeri Perlis Indera Kayangan (sekarang Darus-sunnah) ,rupa-rupanya sudah melangkau tahun baru 2010,setelah setahun baru berpeluang menjejak kaki semula ke negeri kelahiranku ini.Tidak banyak berubah dari sudut pembangunan material,namun yang paling menyentuh perasaan ini adalah perubahan dari sudut pembangunan rohani.Jika dulu waktu solat fardhu di masjid dan surau-surau hanya di hadiri oleh golongan tua,namun suasana ini telah bertukar secara besar-besaran di beberapa masjid di sekitar Kuala Terengganu.Golongan muda mula memenuhi reruang masjid di kala azan berkumandang,melihat kawan-kawanku dulu bermain bola sepak bersama di padang bola Kampung Panji 6 tahun yang lalu,kini mereka sudah memakai jubah putih menyahut seruan azan menjadi tetamu Allah SWT.
Betapa agungnya Allah SWT kerana memancarkan hidayat dan taufiq kepada manusia yang menjadi pilihan-Nya.Apa yang pasti,jika kuliah maghrib bergema kencang di corong-corong masjid maka di dalam masjid itu pasti golongan muda duduk bersama menadah kitab bersama golongan tua.Ini lah satu perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini secara drastic.
Antara factor yang menyebabkan tranformasi golongan muda adalah uslub dakwah yang di bawa oleh seorang ustaz yang menjadi ikon golongan muda di Negeri Terengganu ini.Ustaz yang di sukai oleh golongan mat rempit,kaki lepak dan sebagainya adalah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus.Kaedah dakwah beliau berjaya mengajak dan menarik golongan muda kenal apa itu Islam yang sebenarnya di dalam suasana sekarang yang di penuhi dengan program-program hiburan yang terlampau semestinya rancangan bodoh daripada kerajaan pusat yang ada sekarang.
Pada hari Sabtu yang lepas Ustaz Azhar Idrus turun berkuliah di Masjid Merbau Patah,Kuala Terengganu.Kehadiran di luar jangkaan sehinggakan sebilangan jemaah terpaksa pulang menunaikan solat Isyak di rumah masing-masing.Apa yang menjadi kejutan adalah semasa Ustaz Azhar memberi kuliah yang berada di sekeliling dan berdekatan beliau adalah golongan muda yang dulunya merupakan mat rempit dan kutu malam.Satu kejayaan yang di kurniakan kan oleh Allah SWT di atas usaha dakwah ini........bersambung
Kuliah Maghrib Ustaz Azhar di Masjid Pengadang Baru 16/2/2010
No comments:
Post a Comment