Tuesday, February 2, 2010

Misteri Tutankhamun akan didedah


GAMBAR fail menunjukkan muka Firaun Tutankhamun.


KAHERAH - Hasil ujian asid deoxyribonucleic (DNA) diambil daripada mumia yang dipercayai Firaun Tutankhamun akan diumumkan pada 17 Februari ini, kata Ketua Antikuiti Mesir, Zahi Hawass kelmarin.

Makam firaun itu yang meninggal dunia lebih 3,000 tahun itu ditemui oleh ahli-ahli arkeologi British di Lembah Raja-Raja pada 1922.

Pada Ogos 2008, pihak berkuasa antikuiti itu menyatakan sampel DNA telah diambil daripada mumia Tutankhamun bagi menentukan sama ada firaun tersebut bapa kepada dua janin yang ditemui di dalam makamnya.

Tutankhamun menjadi firaun semasa berumur sembilan tahun dan punca kematiannya menjadi pertikaian ahli-ahli sejarah dengan sebahagian mereka menyatakan dia meninggal dunia disebabkan kecederaan pada satu kakinya.

Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan dia dibunuh.

Teori yang mendakwa Tutankhamun dibunuh diperkukuhkan dengan fakta bahawa dia merupakan pemerintah terakhir daripada dinastinya.

Tutankhamun menjadi terkenal kerana penemuan harta karun di dalam makamnya termasuk topeng muka emas seberat 11 kilogram - AFP

Kosmo

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails