Islam tidak memerlukan kita,tetapi kitalah yang memerlukan Islam.Satu kata-kata yang biasa kita dengan di dalam usrah dan kuliah agama.Betapa Islam di zaman Nabi dan para sahabat adalah generasi terbaik pada masa itu.Islam di pandang tinggi kerana mereka yang membawa Islam cukup lengkap dari semua sudut mencangkupi akidah,akhlak,muamalat dan sebagainya.Di zaman itu,orang bukan Islam tertarik kepada Islam apabila melihat perangai dan akhlak batang tubuh orang Islam itu sendiri.Sikap dan sahsiah yang ada pada tubuh mereka yang membawa Islam memperlihatkan indah dan cantiknya hidup dalam suasana Islam.
Namun mutakhir ini,Islam bukan sahaja di hina dan di rendahkan oleh golongan musuh-musuh Islam,tetapi Islam sendiri di khianati oleh orang yang mengaku Islam sedangkan sikap dan akhlak lebih teruk daripada orang bukan Islam.Lihatlah apa yang berlaku sekarang,kes Anwar Ibrahim yang menguasai suasana hangat dalam negara kita pada hari ini.Kesan langsung adalah kepada imej Islam itu sendiri.Apa pun kita sebagai seorang mukmin tetap dengan keyakinan bahawa Islam akan terus gemilang dan menjadi anutan sehingga hari kiamat.Islam akan terus di jaga oleh Allah SWT,apa jua tindakan dari tangan manusia untuk menjatuh dan merendahkan imej Islam suatu hari nanti manusia ini akan tersungkur dengan hina di dunia ini dan lebih teruk di akhirat sana mereka akan menerima azab yang pedih.
Kini mereka yang membawa Islam terus di tekan dan di aibkan oleh manusia yang tidak bertamadun,ulama menjadi sasaran ketika ini,lihatlah apa yang terjadi kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz,beliau di aibkan dengan gambar ‘super impose’ dari mereka yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan dan adab.Malah mereka yang membuat gambar ini seorang yang biadap.Ini lah suasana fitnah yang cukup dahsyat melanda orang Islam dan yang paling teruk terkena adalah golongan ulama.
Bersambung...
Taman Bersatu 9.46 am
No comments:
Post a Comment