Thursday, September 30, 2010

Tentatif Ijtima' Tarbawi 2010

Oleh: amdang81

"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Di sini disertakan tentatif penuh Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan diadakan pada 1 - 3 Oktober 2010 / 22 - 24 Syawal 1431H di Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman. Dengan tema "Melonjak Tarbiyyah, Memimpin Kemenangan", program 3 hari dan 2 malam ini akan membariskan pengisian dari kepimpinan tertinggi PAS.

Antara kepimpinan yang turut hadir dalam mengisi program adalah seperti Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden, ketiga-tiga Naib Presiden, Ketua-ketua Dewan, dan turut sama beberapa mantan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut sama murabbi Ustaz Dato Yahya Othman.


( 01 Oktober 2010, Jumaat )

04.00pm - Pendaftaran peserta

06.30pm - Taklimat pengarah

07.00pm - al Ma’thuraat

07.30pm - Solat Maghrib berjamaah

08.00pm - Kuliah Maghrib

( Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man )

08.50pm - Solat Isya’ berjamaah

09.20pm - Makan Malam

10.15pm - Majlis Perasmian

( Tuan Guru Dato al Mursyidul Am )

11.30pm – Rehat

( 02 Oktober 2010, Sabtu )

04.00am - Qiam al lail ( infiradi )

05.40am - Solat Subuh berjamaah

06.15am - Tafsir al Hujuraat 1

( Dato Sri Tuan Guru Presiden )

07.00am - Makan Pagi/bersih diri

08.45am - Pembentangan 1 - PAS dan Tarbiyah Islamiyah

( al Fadhil al Ustaz Dato Yahya Othman )

Ulasan : Pengukuhan PAS melalui tarbiyah

( al Ustaz Nasaruddin Mat Isa )

10.45am - Kudapan/rehat

11.15am - Pidato tarbawi 1 - Pilihan Raya dan Tarbiyah Jihadiyah

( al Fadhil al Ustaz Dato Abu Bakar Chik )

12.15pm - Santai Ukhawi / Makan Tengahari

01.15pm - Solat Zohor berjamaah

01.45pm - Forum Tarbawi 1 - Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS

1 - YB Hj Salahuddin bin Ayub

2 - al Ustaz Hj Nasrudin Tantawi

3 - al Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh

03.45pm - Rehat

04.30pm - Solat Asar berjamaah

05.00pm - Santai ukhawi / Makan Malam

06.30pm - al Ma’thuraat dan Tazkirah

( YB al Ustaz Mohd Nor Hamzah )

07.30pm - Solat Maghrib berjamaah

08.00pm - Tafsir al Hujuraat 2

( Dato Sri Tuan Guru Presiden )

08.50pm - Solat Isya’ berjamaah

09.30pm - Pidato Tarbawi 2 - Palestin dan Tarbiyah Jihadiyah

1 - Wakil gerakan Islam luar Negara

2 - al Fadhil Dato Dr Haron Din

2 - YB Dato Hj Mahfuz Hj Omar

11.30pm - Rehat

( 03 Oktober 2010, Ahad )

04.00am - Qiam al lail ( infiradi )

05.40am - Solat Subuh berjamaah

06.15am - Tafsir al Hujuraat 3

( Dato Sri Tuan Guru Presiden )

07.00am - Makan Pagi/bersih diri

08.30am - Pembentangan 2 - Tarbiyah Harakiyah

( al Fadhil Dato Harun Hj Taib )

Ulasan : Mengukuhkan amal jamaie

( al Ustaz Hj Idris Hj Ahmad )

10.00am - Forum Tarbawi 2 - DPP dan Tarbiyah

1 - al Fadhil al Ustaz Hj Zulkifli Ismail ( Dewan Ulama )

2 - al Fadhil al Ustaz Hj Azman Shapawi Abdul Rani ( DPP Pusat )

3 – al Fadhil al Ustaz Hj Ahmad bin Yahya ( DPP Kedah )

11.30am - Rehat/kudapan

12.00pm - Resolusi Ijtima’

12.30pm - Majlis Perasmian Penutup

( Dato Sri Tuan Guru Presiden )

** Sebarang perubahan masa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa pada hari program.

Projek mega dunia yang tidak dapat di siapkan

10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City





9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois





8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England





7. Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois





6. Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France





5. Tatlin�s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia





4. Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan





3. Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany





2. Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union





1. Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California


Ketenangan alam

Misalnya tumbuhan ini dapat menghambat pencemaran, mendatangkan burung-burung, atau menunjukkan tingkat pencemaran udara. Berikut ini beberapa tanaman anti pencemaran :

Pohon Dadap Merah

http://jepretanhape.files.wordpress.com/2009/09/bunga-dadap-merah-15.jpg

Pohon ini baik ditanam di halaman terbuka, kerana boleh mengundang datangnya para burung. Sebabnya berbagai jenis burung suka sekali menyantap buah si dadap merah ini.

2.Pohon Kelengkeng

http://www.sripoku.com/foto/berita/2009/2/23/23-2-2009-biskelengkeng1.jpg

Siapapun tahu betapa enaknya rasa buah kelengkeng. Namun tahukah Anda kalau pohon kelengkeng mampu menyerap pencemaran suara. Itu sebabnya pada fabrik-fabrik yang menggunakan bunyi, ada baiknya menanam pohon ini di dekat bunyi tersebut.

Pohon Bungur dan Mahoni


Bungur dan Mahoni

Dikenal mampu menyerap pencemaran udara. Maka kedua pohon ini sebaiknya ditanam untuk penghijauan di kota-kota besar, dekat jalan yang padat lalu lintasnya. Bukan rahsia lagi kalau kenderaan bermotor menjadi penyumbang terbesar di udara.

Sebaliknya, pohon seperti akasia sebaiknya jangan dijadikan pohon jalur hijau. Mengapa? kerana akasia menjadi salah satu pencetus asma. Begitu juga pohon palem yang indah bentuknya, tak begitu besar manfaatnya.

Lumut

http://id.inter-pix.com/db/nature/trees_leaves/forest_and_trees/m-482012.jpg

Lumut yang menempel di batang pohon mampu mengolah pencemaran udara suatu kawasan. Semakin banyak lumut menempel di sebuah pohon berarti semakin baik kualiti udara di tempat itu.

Tanaman Sirih Belanda (Devil’s Ivy)

http://www.caudata.org/people/JM/pics/plant1.jpg

Tanaman perdu yang boleh tumbuh dimana saja, termasuk di dalam pot di halaman rumah ini mampu menyerap formaldehida dan benzena. Hasilnya rumah pun lebih segar dan lega untuk bernafas.

Bunga Raya

http://desainlansekap.files.wordpress.com/2009/05/hibiscus_rosa-sinensis.jpg

Mampu menyerap nitrogen sehingga membuat paru-paru kita jadi lega. Namun jangan sekali-sekali menanam bunga raya dekat dengan ruang Radiografi. Tanaman ini berfungsi meneruskan radiasi sehingga berbahaya bagi orang di sekitar tempat radiografi tersebut.

Sansevieria

http://sansevieria.eu/wp-content/uploads/2007/08/sansevieria-cultivars.jpg

Kalau bunga raya berfungsi melanjutkan radiasi, tidak demikian dengan tanaman sansevieria ini. Sansevieria mampu menyerap 107 jenis racun, termasuk pencermaran udara, asap rokok (nikotin), hingga radisi nuklear, sehingga sesuai dijadikan penyaman. Oya, kaktus juga boleh menepis radiasi.


Pohon Trembesi

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/jv/2/29/Wit_trembesi.jpg

Mampu menyerap karbondioksida dalam jumlah yang besar, sehingga sangat disarankan untuk ditanam sebagai pohon penghijauan. Namun trambesi memanjangkan dahan yang cukup luas.

Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik

NONEKOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.

Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.

Gambar2 : RIBUAN UMAT ISLAM ZIARAHI AL MARHUM TUAN GURU PAK TEH



Pagi tadi saya dan Ust Abu Bakar Husein(PJ Perak) bersama ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat. Demikian menurut salah seorang anak muridnya yang sempat saya temui.

Pak Teh adalah Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak sehingga sekarang. Almarhum juga seorang pengasas dan pendiri Madrasah Addiniah Al Latiffiah (Pondok Pak Teh) yang masih mengekalkan tradisi pengajian secara pondok sejak tahun 1967 lagi. Pondok Pak Tehlah satu-satu pusat pengajian ilmu di Perak yang masih mengekalkan tradsisi membaca Kitab Kuning dan diajar secara tradisional. Sehingga sekarang 400 murid-muridnya masih mengaji secara tetap di pondok Pak Teh.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1953 dengan tamat darjah 5. Disebabkan kemiskinan keluarganya tidak mampu menyara pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MCKK. Walaubagaimanapun beliau berpeluang meneruskan pengajian agama secara pondok di Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959, Pondok Pasir Tumboh ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau berguru dengan beberapa Tuan Guru yang terkenal antaranya Tuan Guru Hj Mohamad Saman Kati, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama tersohor di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar Pasir Tumboh.




Di Pondok Pak Teh, murid-muridnya dari yang seusia paling muda belasan tahun sehinggalah warga tua dan pesara kerajaan yang tinggal di pondok untuk menghabiskan sisa hidup dengan beribadah dan mengaji. Dipondok itulah mereka mengaji secara berkitab dari satu kitab ke satu kitab dan dari satu bab ke satu bab. Pondok yang didirikan oleh Pak Teh semuanya hasil usaha Pak Teh sendiri di samping derma orang ramai, tidak mengharapkan sedikitpun bantuan kerajaan. Untuk menjana pendapatan Pak Teh dan murid-murid menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Yuran yang dikenakan pula terlalu murah, tidak sampai RM 50 setahun seorang pelajar untuk duit api dan air.Mengohormati kedudukannya sebagai ulama yang disegani dan dihormati, beliau telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76 pada tahun 2004. Tetapi kezuhudan dan rasa rendah diri, beliau lebih mesra dipanggil Pak Teh atau Tok Guru Pak Teh.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.

PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.

Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.

Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.

Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.


Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.

http://misabah.blogspot.com

GEN-Q 2010

Jom beramai-ramai pi...semuanya free


Penipuan Kad Kredit Islam Maybank?

Ibnul Munzir

Beberapa bulan yang lalu, saya telah ditawarkan dengan Kad Kredit (Visa) Ikhwan, Maybank Islamic. Pada ketika itu saya keberatan untuk menerimanya kerana saya telahpun mempunyai beberapa Kad Kredit malah sebahagiannya telahpun saya tutup. Tetapi tawarannya agak menarik kerana ianya percuma dengan tidak perlu menggunakannya sebanyak 12 kali setahun sebagaimana Kad Kredit Islamik yang lain.

Saya rasa elok juga ambik tawaran ni. Apa salahnya sebab dah diberi percuma. Kalau ada keperluan boleh guna, kalau tidak simpan saja lah. Lalu sayapun terima.

Awal bulan ini saya menerima panggilan daripada pegawai Maybank bahagian Kad Kredit yang memaklumkan bahawa mereka berbesar hati menawarkan insurans sebanyak RM100,000 PERCUMA kepada semua pemegang Visa Ikhwan. Mereka meminta alamat surat menyurat untuk menghantarkan dokumen bagi ditandatangani. Mereka meminta butir-butir pewaris dan lain-lain dengan cara yang cukup profesional. Kalau tak biasa 'terkena' kita seolah-olah terbuai dengan kepetahannya bercakap sambil tergambar-gambar ganjaran besar yang mereka akan berikan. Tetapi oleh kerana saya telah banyak terdedah dengan perkara seumpama ini lalu saya bertanya, "Tak ada bayaran yang dikenakan ke untuk mendapatkan tawaran ini?" Barulah pegawai tersebut menjawab yang saya kena bayar RM290 lebih (tak ingat nilai yang tepat) sekali sahaja setahun. Kalau difikir dengan nilai insuran yang besar, apalah sangat bayaran tahunan sekecil itu. Meskipun tadi dia menyatakan bahawa insurans itu akan diberikan secara percuma. Seterusnya dia menjelaskan bahawa syarikat yang akan memberikan insurans itu ialah American Alliance Insurance.

Saya tersentak dengan nama syarikat itu. "Amerika?"... Lalu saya bertanya "Adakah ianya Islamik?" Ternyata pertanyaan ini menyebabkan dia seperti tersinggung. Katanya "Encik tidak perlu risau semua itu kerana ianya diberikan secara percuma kepada pemegang Visa Ikhwan." Sekali lagi dia menyebut perkataan percuma... Lantas saya bertanya lagi inginkan penjelasan lebih lanjut. "Bagaimana kalau saya menolaknya?" Lantas dengan suara yang agak menekan dia berkata "Encik tidak boleh menolak sebab insurans ini akan diberikan kepada semua pemegang Visa Ikhwan." Saya kata "Kalau begitu mengapa saya perlu membayar RM290 (tak ingat nilai tepat)?" Dia kata lagi hanya RM290 (tak ingat nilai tepat) sekali sahaja setahun. Oleh kerana dalam keadaan tension dan tak puas hati, saya kata kalau tidak Islamik, saya tak nak terima insurans itu dan saya akan tutup Visa Ikhwan saya. Lantas dia dengan nada marah mem'block' Visa Ikhwan saya saat itu juga.

Apakah ini bentuk baru manipulasi oleh syarikat Kad Kredit? Saya tidak menuduh Maybank melakukan manipulasi, tetapi dalam kes ini saya menganggapnya ia sebagai manipulasi. Awal tahun 2000 dahulu ketika belum banyak bank mempunyai Kad Kredit Islamik, saya menggunakan Debit Card HSBC yang dipanggil Amanah. Saya kena bayar RM80 setahun. Seterusnya apabila terdapatnya banyak bank yang menawarkan Kad Kredit Islamik, HSBC menawarkan perlepasan bayaran tahunan dengan syarat-syarat tertentu. Dengan RM80 setahun saya dapat menggunakan Debit Card itu dengan debit limit sebanyak RM15000. Saya juga mendapat perlindungan takaful dalam negara. Hari ini Visa Ikhwan dengan tawaran percuma tiba-tiba memaksa saya membayar RM290 (tak ingan nilai tepat) untuk perlindungan insurans yang tidak Islamik! Anda bayangkanlah...

Mujurlah syarikat insurans itu bernama Amerika. Allah telah menyedarkan saya atas nama yang jahat itu.

Iran lancar Bot Terbang buatan sendiri

amkns


Iran sekali lagi menggemparkan dunia sains dan teknologi. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa , Iran telah melancarkan Bot Terbang buatan sendiri yang dilengkapi dengan senjata mesingan, teropong malam dan kamera video untuk tugasan peninjau dan pengawasan angkatan laut Iran.


Wednesday, September 29, 2010

Bagaimana Transaksi Wang Haram ?

Hukum menerima bantuan
dari wang yang haram.

Muqaddimah
Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار

Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu,
Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertama

Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

“Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ] dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana, harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu.

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

I. Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya
II. Harta haram [Harta riba’ yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba’. Perbuatan ini juga adalah haram
III. Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara’. Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya’.

IV. Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan


فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه


وسلم: "أطعموها الأساري"
Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].
Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)،
فقال: يتصدَّق به.
Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak
boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah “ bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram “[7].

Pendapat kedua

Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah
1.
Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji “
2.
Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketiga

Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-‘Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.
وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi’e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah
____________________________________________________________________________________________

Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram
Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba’ dan dia mendapat keuntungan melalui riba’. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba’ tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba’ bukan kerana duit tersebut haram.
Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;
1.
Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2. Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3. Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.
____________________________________________________________________________________

Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat .

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya , bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka .....

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

Wallahualam bissowab .

Ustaz Nasrudin bin Hassan At tantawi

Jenis-jenis pedang samurai


1. Tanto



2. Wakizashi



3. Kodachi



4. Katana



5. Tsurugi




6.Chokuto




7. Ninja-to




8. Nodachi & Odachi



9. Nagamaki



10. Naginata



11. Yari

Galas...menggalas sebuah perjuangan

Keputusan PRU Dun Galas Sejak 1986-2008

N 45,kedudukan Dun Galas...

1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

GEMPAR 500 Ahli PAS Keluar Parti Di DUN GALAS!!!

Kira-kira 500 ahli PAS keluar parti di DUN Galas (betul ke? kadang2 2 % je betul cerita dari umno ni) kerana tidak yakin dengan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri dari beberapa orang Ketua Cawangan dan ahli-ahli PAS yang sudah lama berjuang dengan PAS.

Salah seorang jurucakap kumpulan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka sudah muak dengan PAS dan kerajaan negeri kerana hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mentadbir dan tidak tahu buat kerja.

Ini adalah antara contoh berita-berita yang sudah pasti akan dimuatkan di dalam media pengampu BN tidak lama lagi sebagai bahan kempen BN untuk meraih sokongan rakyat di DUN Galas.

Selain dari berita di atas kemungkinan tajuk-tajuk berita lain ialah :-

a) Kelantan negeri mundur
b) DUN Galas tiada pembangunan
c) Ramai orang miskin di DUN Galas

dan sebagainya ..............

p/s: Jangan terkejut ini cuma contoh tapi tunggulah kemunculan penipuan dan pembohongan media pengampu BN tidak lama lagi.

PRK GALAS : PAS & PR BERSEDIA

19 Syawal 1431 H | 28 September 2010

PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian YB Che Hashim, ADUN Galas yg telah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser yang dihadapinya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan belas ehsan-Nya ke atas roh beliau. Mudah-mudahan seluruh ahli keluarganya bersabar di atas takdir yg berlaku ini.

Situasi ini akan membuka ruang untuk diadakan satu PRK di Galas. InsyaAllah PAS bersama PR akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan dikekalkan. Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini.

PAS juga mengingatkan mahkamah untuk menyegerakan PRK Kota Seputih yg telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat. Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan KS dibiar tanpa mempunyai wakil yg sah. Lebih
malang apabila Mahkamah Rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yg panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yg begini penting. Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau DUN tanpa mempunyai wakilnya.

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails