Lihat saja foto struktur mikroskopik mata yang diambil oleh seorang guru fizik bernama Suren Manvelyan. Foto-foto yang diperlihatkannya menunjukkan bahawa pinggiran bahagian hitam mata setiap orang memiliki kerutan yang berbeza menyerupai permukaan planet Mars atau sejenisnya.
Dalam mengambil fotonya, Manvelyan memfokuskan pada bahagian iris mata yang berfungsi mengatur kemasukan cahaya ke mata serta pupil, bahagian yang dikaitkan dengan iris oleh otot.
Struktur mata yang dipamerkan dalam foto-foto Manvelyan bertajuk 'Your Beautiful Eyes' adalah milik rakan dan pelajarnya. Tentang teknik pengambilan gambarnya, Manvelyan mengatakan, "Proses pengambilannya menjadi rahsia saya."
Selain menjadi guru, Manvelyan sejak usia 16 tahun telah bereksperimen dengan fotografi. Kini, ia juga menjadi salah satu fotografer di Yerevan Magazine, media lifestyle orang Armenia di Kanada.
No comments:
Post a Comment