
Perjalanan bermula di sini...

Mengisi minyak di Petronas,teringat pada himpunan raksaksa rakyat Kelantan kelmarin kerana menuntut hak royalti

Syura di lakukan untuk memilih jalan yang paling dekat untuk sampai ke Penang.

Akhirnya memilih Lebuh Raya PLUS menuju terus ke Penang,hujung sana kenderaan Avanza yang di naiki oleh Ketua Pemuda Kangar dan Ketua Jabatan Amal Kangar,Perlis

Memilih jambatan untuk sampai ke pulau,walaupun ada pilihan untuk menaiki feri

Ini lah suasana Pulau Pinang sekarang

Alhamdulillah,setelah 2 jam lebih perjalanan akhirnya kami sampai juga di tempat program iaitu di Balik Pulau,Parlimen Balik Pulau di menangi oleh Yusmadi Yusof dari PKR dengan majoriti 708 dengan jumlah pengundi 31,391 dari DUN Bayan Lepas (BN),DUN Pulau Betong (BN) dan DUN Teluk Bahang (BN)

Kami di sambut dengan cukup meriah oleh Jabatan Amal Penang khususnya dari kawasan Balik Pulau ini.

Ini lah tentera merah yang di gelar oleh wartawan antarabangsa semasa demontrasi BERSIH tempoh hari

Menurunkan kelengkapan LCD dan Laptop untuk slot pembentangan

Tautan ukhuwwah terus terjalin sepanjang kunjungan kami ke sini

Barisan Jabatan Amal Kangar,Perlis melangkah gagah menuju ke tempat program

Kami di jamu sakan oleh tuan rumah dengan nasi berlauk dan ais sirap yang cukup menyejukkan kerongkong kami.

Ketua Pemuda Kangar,Perlis saudara Mohd Iqbal Mohd Syarif (bekas mahasiswa UPM) dan juga SU Tarbiah PAS Perlis saudara Mohd Tarmizy (Diploma Pelaburan Kewangan)

Makan tengahari bersama-sama Jabatan Amal Penang,dengan suasana yang begitu ramah dari pihak tuan rumah

ini lah salah seorang ahli termuda Jabatan Amal Penang yang juga pelajar PASTI di sini

Ini lah barisan penggempur muda dari Kangar,Perlis yang bakal menyebarluaskan dakwah kepada golongan muda di Perlis.Saudara Mohd Saifizi yang berkopiah putih lulusan dari Nagoya Institut,Japan dalam bidang kejurutetaan elektronik sebagai Ketua Jabatan Perkaderan Remaja,Perlis.

Rehat sat lepas makan...

Ketua Jabatan Amal Penang saudara Norazaman meluahkan sesuatu kepada rakan seperjuangan

Ketua Jabatan Amal Penang saudara Norazman berbincang dengan Ketua Jabatan Amal Kangar saudara Meor Hassan (lulusan dalam bidang Kimia,bekas pensyarah TATI,Terengganu)

Slot santai...

Taaruf secara mendalam...

Timbalan Jabatan Amal Perlis saudara Nizuan (pemegang Ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal) sedang melihat foto memori

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Kangar saudara Amirul Jufri berbaju jingga sedang khusyuk memerhartikan foto

Program Jelajah yang bakal menerjahkan golongan muda di Perlis

Saudara Norazman sedang menerangkan aktiviti dan strategi Jabatan Amal Penang kepada delegasi yang hadir

Ini dia saudara Norazman yang begitu bersemangat membentangkan aktiviti Jabatan Amal kepada kami

Setelah 3 jam berlangsungnya sesi penerangan dan dialog maka selesailah program jelajah kami kali ini

Bersemangat untuk pulang ke Perlis,bagi merebahkan segala maklumat dan strategi kepada golongan muda di sana

Sekali lagi kami di jamu oleh tuan rumah,menu ABC Pedas,memang pedas

Melihat suasana laut yang satu masa dulu di landa tsunami

Kanak-kanak riang bermain pasir,mungkin mereka tidak mengetahui bahawa tempat ini dulunya tsunami pernah menyapa

Memancing antara aktiviti yang cukup saya minat sejak kecil,kebiasaanya ikan gelama akan menyantap umpan itu

Bergerak ke pantai untuk sesi pengambaran

Simfoni kasih simpulan kenangan 1,penulis duduk sebelah kanan sekali

Simfoni kasih simpulan kenangan 1

Apa maksud di sebalik perkataan ini?

Inilah saat-saat perpisahan terakhir,sebelum pulang ke Perlis

Setiap pertemuan di hujungnya adalah perpisahan,lumrah alam sentiasa taat pada perintah-Nya

Projek di lereng bukit ini adakah selamat untuk di duduki?

Rumpun buluh tempat pilihan kami untuk singgah melihat suasana di puncak perbukitan

Abang nak pi mana tu...jangan terjun sudah lah na...orang muda dah la sikit kat Perlis...abang pulak buat hal,jenuh nak cari lain...

Di bawah sana adalah Balik Pulau...

Adakah batu ini akan kekal di sini atau akan tergolek suatu hari nanti?siapakah mangsa hempapkan batu ini?

Jalan di lereng bukit yang bengkang-bengkok memerlukan kecekapan pemandunya,begitu juga dengan perjuangan yang penuh dengan liku-liku mehnah dan tribulasi

Pernahkan anda melihat periuk kera sebesar ini?kalau tidak pernah rasailah suasana ini di bulatan Teluk Bahang,kebiasaanya periuk kera yang ada di hutan adalah untuk memerangkap serangga,tapi kalau dan sebesar ini,agak-agak nak memerangkap apa?

Villa di bina di lereng-lereng bukit menunjukkan Pulau Pinang sedang membangun dengan pesat

Bulatan Padang Kota

Bulatan terakhir sebelum delegasi kami menaiki feri untuk pulang ke daratan sana,sebaik sahaja menaiki feri bateri kamera kontang,maka tidak dapat untuk memaparkan suasana yang cukup menarik semasa berada di atas feri,apa-apa pun alhamdulillah kami selamat sampai di bumi Perlis jam 11.29 malam.Seterusnya kami akan bergerak untuk menyantuni golongan muda yang memerlukan sentuhan dari pendakwah muda.