Thursday, January 28, 2010

Pro Mahasiswa UPM menang 11 kerusi



SERDANG, 27 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M)Universiti Putra Malaysia (UPM) hanya menang 11 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) kali ini.

Proses pengundian yang berlangsung semalam menyaksikan calon Pro-M menang di empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Ekologi Manusia dan Sains manakala tujuh kerusi umum.
Keputusan diumumkan kira-kira 7.15 petang semalam di Kolej Kediaman Ke-3 UPM.

Peratus mahasiswa keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus dan tempoh mengundi yang sepatutnya tamat pada jam lima petang dilanjutkan sejam sehingga 6 petang bagi memberi laluan kepada mahasiswa yang sedang menghadapi ujian pertama bagi penggal ini.

Pengerusi Pro-M UPM, Ahmad Faris Rakbi berkata, kemenangan bukan faktor utama Pro-M menyertai PRK tetapi apa yang lebih diutamakan ialah kesedaran warga kampus mengenai isu demokrasi dan integriti dalam pilihanraya.

"Alhamdulillah..wwalaupun taidak berjaya membentuk kabinet, tapi kami tetap bersyukur dengan keputusan ini.Bagi kami kemenangan bukan faktor utama kami meyertai pilihanraya ini tetapi apa yang lebih penting ialah kami ingn mendidik warga kampus agar lebih peka dengan isu demokrasi dan demokrasi di kampus,"katanya ketika ditemui selepas keputusan diumumkan."

Namun, Faris megakui agak terkejut dengan keputusan tersebut kerana kebanyakan calon Pro-M yang dijangka menang berdasarkan culaan, kalah.

"Saya agak terkejut kerana calon yang kami jagka menang,tidak menang,"katanya.

Setakat ini, empat kampus termasuk UPM selesai menjalani PRK iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Islam Antabangsa (UIA).
Ketiga-tiga kampus berkenaan dimenangi oleh Pro-M

1 comment:

  1. Salam,
    Walaupun kalah kita teruskan berjuang.Banyak faktor yang menyebabkan kekalahan.
    Ingatlah kita kalah bukan bererti kita gagal.Tetapi Allah menangguhkan kemenangan ini untuk kita perbaiki lagi kepincangan ini.

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails