Friday, January 22, 2010

Onar di pagi hari penamaan calon: Pagar rumah calon dirantai besi seberat lebih 2 kilogram



Main Kasar. Itu sifat yang sesuai ditujukan kepada pihak yang membuat onar di awal pagi hari penamaan calon. Seawal jam 6.25 pagi, team UPM-today menerima satu email daripada seorang bakal calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPM yang mendakwa pintu pagar rumah sewanya dililit dan di mangga dengan rantai besi seberat lebih 2 kilogram. Menurut bakal calon tersebut, Siti Suria Ahmad Dusuki yang bakal bertanding atas tiket fakulti Sains, perbuatan khianat itu disedari teman serumahnya pada kira-kira jam 5 pagi tadi. Ketika kejadian, rakan serumahnya yang sedang mengulangkaji pelajaran terdengar bunyi enjin kereta dan pintu ditutup tetapi pada mulanya tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk . Kejadian sebenar itu hanya disedari selepas dia meninjau ke luar rumah pada subuhnya.

Menurut sumber terbabit lagi, dia yakin perbuatan onar itu dilakukan tidak kurang dari dua orang dan didalangi oleh pihak yang tidak senang akan keputusannya untuk bertanding kerusi MPP.

Perbuatan ini juga dilihat sengaja dilakukan untuk menyusahkan calon-calon yang bertanding.

“ saya percaya, perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan keputusan saya untuk bertanding dan seolah-olah cuba memberi saya satu amaran agar tidak bertanding. Tetapi, keputusan saya sudah bulat. Ini tidak akan melemahkan semangat saya untuk bertanding”

Bakal calon yang berasal dari Kelantan itu juga sempat memberi peringatan kepada semua bakal calon agar menjaga keselamatan diri dan juga kediaman di musim pilihanraya ini.

“pada masa ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada calon-calon lain juga.”

Ekoran peristiwa itu, mangsa membuat keputusan bijak dengan menghubungi pihak bomba untuk memutuskan rantai besi itu sebelum membuat laporan polis.

Sumber: UPM-today


Komen: Jahat puak-puak ni,tunggu-tunggu kami pantang undur...

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails