Saturday, January 23, 2010

1Umno tipu 1Terengganu.. Baik punye...!

Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.



Di pihaknya pula, Umno telah menjemput ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita bahagian, pemuda bahagian, dan jawatankuasa puteri Umno bahagian Kuala Nerus untuk menghadiri program yang sama.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar yang hadir. Mereka tidak tahu-menahu langsung tentang program Juara Rakyat dan terpaksa menunggu selama empat jam untuk menghabiskan agenda program Juara Rakyat.

Agenda penyampaian hadiah sengaja diletakkan sebagai agenda terakhir selepas ucapan-ucapan pemimpin Umno termasuk ucapan Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang tidak kena mengena langsung, dengan program anugerah kecemerlangan pelajar.

Lebih malang lagi, ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka menerima sendiri hadiah daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, sebaliknya hanya wakil-wakil setiap sekolah sahaja yang dijemput naik ke pentas.

Setelah menunggu selama tiga jam setengah, akhirnya agenda pembahagian hadiah tamat dalam masa 20 minit sahaja.



Antara ibu bapa yang memberi komen mengatakan bahawa, Umno mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka dalam program tersebut.

”Kalau tak ada ibu bapa dan pelajar yang datang, tak ada orang yang akan hadir dalam program itu,”kata salah seorang dari mereka.

Selain itu, program ‘Juara Rakyat’ Umno dianggap gagal dan tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli mereka sendiri.

Pada jam 3 petang, sepatutnya program diteruskan dengan pameran dan hari bertemu pelanggan.

Nampaknya Umno tak sudah-sudah menyusahkan orang ramai.... rosak-rosak....



http://bagindareformasi.blogspot.com/


Komen: UMNO bakal di Muzium Losongkan bersama kebobrokannya pada PRU ke-13!!!

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails