Deruan 2 buah enjin bot jenis suzuki membelah Selat Melaka,walaupun enjin duk kat luar,setakat hari ini tidak pernah hilang lagi.
Paling menyeronokkan apabila bot di lambung oleh ombak,bot akan terbang beberapa saat di udara,pengalaman yang tidak dapat di lupakan,rasailah sendiri suasana ini.
Sekumpulan besar ikan berlegar-legar dan bermain dengan riang di bawah jeti Pulau Payar ini,menyebabkan anda tidak jemu berada di sini.
'Shark feeding' akan bermula pada pukul 1.00 petang hingga 1.30,membuatkan anda lebih menyeronokkan,abang mail sedang mengayah Tiger Shark dan Blacktic Shark,setakat hari ini kaki abang mail masih normal.Selalunya barracuda akan merenung tajam untuk membaham ikan-ikan kecil.Rasailah suasana ini di sini.
Chalet UFO ini sudah terbiar begitu lama,tidak sempat untuk di diami,projek ini bernilai RM5 juta.Sekarang ini pontianak harum sambal malam mengambil alih chalet ini.Rasailah suasana yang cukup mewah di dalam chalet ini.
Aktiviti snorkeling menjadi pilihan penggunjung kerana anda dapat bermain-main dan bergurau senda dengan ikan yang pelbagai spesis,Nemo pun ada di sini,rasailah suasana ini di sini.
Suasana malam yang cukup tenang,di suluh pula dengan pancaran bulan memaut hati setiap kita yang berpeluang ke sini.Sekumpulan ikan sedang melakukan aktiviti 'follow the leader'.
Waduh...waduh...banyak bangat ikan.Tapi awas,anda di larang untuk menangkapnya,cuma boleh tangkap gambar je,Pulau Payar telah di gezetkan sebagai Taman Laut Malaysia.
Jangan risau walaupun anda tidak memakai jaket keselamatan,anda tidak akan tenggelam dan mudah untuk melakukan aktiviti free dive.
Kerapu Bunga sedang menunggu gurauan dari anda,saiznya sebesar meja,tetapi jangan risau setakat ini kerapu ini belum lagi kekoh kaki pengungjung yang hadir.
No comments:
Post a Comment