Thursday, January 21, 2010

Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Pengerusi Pro Mahasiswa hari ini tidak bersetuju dengan beberapa peraturan yg dibuat oleh pihak (Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP) JKP. Beliau melihat ada beberapa peraturan yang tercatat di dalam Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2009/2010 sebagai tidak relevan dan bercanggah dengan maklumat am pemilihan MPP UPM.

Antara peraturan yang dilihat tidak relevan ialah semua calon diwajibkan untuk menghadiri Kursus Calon Pemilihan MPPUPM sesi 09/10 pada hari sabtu, 23 Januari 2010 dan hari Ahad, 24 Januari 2010 anjuran BHEP dan kebenaran kempen akan diadakan pada 24 Januari 2010 (Ahad) jam 4.30 petang.

Beliau mempersoalkan kerelevanan kursus itu diadakan kerana sepatutnya semua calon harus diberi peluang untuk berkempen pada hari tersebut. Memandangkan kursus tersebut dijalankan pada kedua-dua hari tersebut, maka semua calon hanya mempunyai masa selama satu hari untuk berkempen. Beliau menegaskan bahawa tujuan pilihan raya kampus diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk memilih pemimpin-pemimpin yang akan mewakili mereka. Jadi, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar sekiranya semua calon hanya diberi ruang dan masa yang sangat singkat untuk mempromosikan diri sekaligus meyakinkan mahasiswa akan kredibiliti mereka.


Komen: Depa ni nak main-main dengan kita,nanti depan tahu lah akibatnya

Teruskan perjuangan sahabatku di UPM!!!


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails