Monday, January 25, 2010

Penamaan Calon Lancar



UM Skudai, 25 Jan : Pilihanraya Kampus bagi Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung secara rasminya dengan bermulanya proses penamaan calon 9.00 pagi tadi. Seperti yang dijangkakan kedua-dua pihak Pro Mahasiswa dan Evolusi Mahasiswa tampil dengan calon masing-masing.

Proses penamaan calon yang baru sahaja berakhir, 1.00 petang tadi telah memperlihatkan kekuatan kedua-dua belah pihak yang bertanding. Kelihatan beberapa wakil daripada bebas yang tidak berat kepada mana-mana pihak juga menghantarkan calon untuk merebut beberapa kerusi fakulti.

Pro M tampil dengan suasana berkabung berikutan kemangkatan Sultan Johor minggu lepas. Menjadi kebiasaan, sikap bersahaja calon dan penyokong Pro M memudahkan proses penamaan calon terbersebut berjalan.

Saudara Nur Azim Fahada mantan Pengerusi Pro M sesi lepas juga kelihatan bertanding lagi
untuk sesi kali ini. "Kami datang dengan strategi, dan untuk kali ini, matlamat kami adalah untuk Kerajaan Mahasiswa", katanya ringkas ketika ditanya mengapa beliau bertanding untuk kali yang kedua.

Tiada sebarang perarakan dilakukan berikutan dengan syarat terbaru Pilihanraya Kampus (PRK) yang melarang calon deripada berarak. Wakil-wakil daripada Evo M juga kelihatan tenang tetapi sedikit gusar akan kelibat calon dan penyokong Pro M yang dilihat lebih teratur.

"Saya amat berpuas hati dengan proses penamaan calon yang berjalan dengan lancar dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses penamaan calon ini, semoga situasi tenang ini berterusan sehingga berakhirnya PRK kali ini", ujar Saudara Amin Hamami ketika ditemu bual.

Senarai penuh calon yang layak bertanding akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada petang ini jam 5.00 petang ini.

Semoga perjalanan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan selamat.


"Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa"

Student Power!!

http://promahasiswautm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails