Tuesday, January 19, 2010

Badaian Ombak Laut Cina Selatan...


Kemenangan Pro-Mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu kelmarin cukup membuka mata semua pihak,terutama kepada HEP yang merupakan pak turut dan pak katak kepada pihak kerajaan.Walalupun Pro-Mahasiswa berlawan dengan suasana yang di kongkong,namun kemenangan 11 daripada 12 kerusi membuktikan segala perancangan jahat dan kotor pihak Aspirasi yang juga anak emas 18 karat UMNO tidak menjadi.Apa yang pasti kemenangan itu berlaku di Pantai Timur,kekalahan yang memalukan di pihak Pro-Aspirasi meletakkan mereka sekarang ini berada di dalam dilemma.Walaupun di ulit dengan kemenangan yang bergaya pada PRK sebelum-sebelum ini,namun Tahun 2010 merupakan tahun yang amat malang,ibarat di badai oleh gelombang ganas dari Laut Cina Selatan terperosok ke calah bebanir pohon rhu di tepi pantai Tok Jembal.

Momentum kemenangan ini akan di usung ke seluruh kampus yang ada di negara ini,jika sebelum ini kampus UM,UKM dan UIAM menjadi jagoan dalam PRK sebelum ini,kini angin taufan itu telah menerbangkan seperti daun kering Pro-Aspirasi di UMT pada PRK kali ini.

Kemenangan Pro-Mahasiswa UMT dalam PRK ini merupakan petanda dan Isyarat awal kepada Parti Keris yang kehilangan sarung iaitu UMNO bahawa mereka mungkin juga akan kecundang pada PRU KE-13 nanti,di tambah lagi pergolakan dalaman UMNO Negeri Terengganu yang serius sehinggakan runtuhnya beberapa buah bangunan di Terengganu kerana perkelahian yang cukup teruk.

www.kekoh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails