Maha Agung-Mu Tuhan
Maha Besar! Dan Maha Agung-Mu Tuhan!
Maha Suci Engkau daripada menyerupai makhluk-Mu
Marah-Mu dan hukuman-Mu hebat tapi berhikmah
Kerana Engkau tidak marah bernafsu
Kerana itulah kemarahan-Mu ada pengajaran bagi orang yang mahu
Juga kasih-Mu tidak rosakkan makhluk-Mu
Seperti ibu dan ayah mengasihi anak-anak sampai rosak anak-anaknya
Kerana kasih dan sayang-Mu bukan dari hati
Engkau bukan ada hati
Maha Suci Engkau daripada adanya hati
Ini adalah sifat makhluk-Mu
Engkau kasih dan sayang terhadap makhluk-Mu
Adalah dari Zat-Mu yang Maha Suci yang mempunyai sifat kasih dan sayang
Yang tiada siapa yang tahu melainkan Engkau
Engkau juga boleh sabar di atas kejahatan hamba-hamba-Mu
Engkau tidak bertindak di masa ini
Kerana Engkau tidak tercabar dan rosak
Engkau juga tidak bernafsu, yang menjadikan Engkau emosi
Engkau boleh memberi peluang kepada hamba-hamba-Mu membaiki diri
Jika mereka tidak sedar juga
Barulah Engkau menghukumnya
Bukan pula Engkau menghukum kerana Engkau tercacat oleh kesalahan
Maha Suci Engkau daripada mendapat kesusahan dari kejahatan hamba-hamba-Mu
Tapi hukuman itu adalah atas dasar keadilan-Mu
No comments:
Post a Comment